Recent Posts

MAA TAKAFUL AND MEDICAL CARD

MALAYSIAN COMPANY FOR MALAYSIAN

MAXIMIZE YOUR RETURN IN EPF AND CASH

WORDS DOES NOT SELL. OUR PERFORMACE RECORDS IS.

LIPPER FUNDS AWARD 2014 WINNER

INVEST YOUR MONEY IN THE BEST FUND AWARD WINNER FOR 2014

PELAN PERSARAAN RM1 JUTA

KENANGA INVESTORS - PERFORMANCE 2013 - 20% RETURN AND PROFIT. INVEST WITH YOUR EPF ACCOUNT 1 WITH US!

MAA TAKAFUL DAN MEDICAL CARD

WHY PAY MORE FOR A MEDICAL CARD AND LIFE INSURANCE TAKAFUL? CONTACT ME FOR FREE QUOTATION AND CONSULTATION

Rabu, 22 April 2015

Sesi Bersama Saya

Di MAA Takaful Berhad, kita tak ada pelan A, B atau C utk anda pilih.

Kami hanya ada plan yang direka utk keperluan anda.

1. Tentukan priority dalam pelan anda.
2. Bila priority sudah dikenal pasti, saya akan fikirkan satu plan yang bakal direka mengikut priority anda.
3. Jangan risau mengenai bajet. Bajet itu juga anda yang tentukan.

Kenapa masih bertangguh utk memiliki satu polisi aktif MAA Takaful?

Can we have a session?

Ahmad Zunaidi Bin Zulkipele
MAA Takaful Berhad
Kenanga Investors Berhad

Khamis, 2 April 2015

Lawan Inflasi Cara Mudah

Cara yang mudah untuk dilakukan utk offset inflation rate + GST.

Siapa tahu after 10 Years GST revised dari 6% to maybe 10%?

Hey, utilise ur epf acc 1 is the easiest thing to do!

Keep calm and invest in Kenanga Investors Berhad.

01115484137

#kenangainvestors #unittrust #unitamanah #amanahsaham

Jumaat, 27 Mac 2015

The Elegance of Pachelbel - Serenade





Yup, saya suka dengaar muzik dan ini antara muzik yang saya suka dengar.



Siapa lagi yang suka dengar muzik?



The Elegance of Pachelbel - Serenade




Rabu, 25 Mac 2015

Dividen di Kenanga Investors Berhad

Assalamualaikum

Lambat saya update perihal dividen/ distribution di Kenanga Investors Berhad.
KIB dah declare kan dividen 2015 pada February 2015 bagi beberapa funds seperti di dalam gambar.


Perhatikan pulangan di Kenanga Syariah Growth Fund (KSGF).

Rakan-rakan yang berminat untuk turut mengaut untung pelaburan di Kenanga boleh hubungi saya cepat-cepat.


Ahmad Zunaidi bin Zulkipele

Kenanga Investors Berhad

Jumaat, 27 Februari 2015

Itulah Dia Tuhanku!

Kau tidak perlu berwajah cantik untuk dikatakan seorang yang cantik
Dan tidak perlu memuji-muji kerana mahu menjadi seorang yang disukai
Tidak perlu menjadi kaya untuk menjadi seorang yang bahagia
Cukuplah dengan membuat Tuhanmu redha dan kasih kepadamu
Pasti Dia akan menjadikanmu cantik dan indah di mata manusia
Disukai dan disenangi semua
Serta hidup bahagia

Andai kau lakukan 99 kebaikan, tetapi terbuat silap sekali
Manusia akan menyalahkanmu dengan kesilapan yang satu itu, dan melupakan semua 99 kebaikan yang lain

Itulah hakikat manusia!

Tetapi andainya kau lakukan 99 kesilapan, dan Cuma sekali melakukan perkara kebaikan
Allah akan ampun semua 99 kesilapanmu dan menerima amal baktimu yang satu itu


Itulah Dia Tuhanku!

Rabu, 25 Februari 2015

Cancer Care

CancerCare

 

“Tak mungkin saya menghidap kanser.” Inilah perkara yang mungkin terlintas dalam hati apabila kita memikirkan tentang kanser.

 

Malangnya, dalam dunia hari ini, tiada siapa yang boleh bersikap terlalu yakin bahawa mereka boleh mencegah penyakit memudaratkan

ini.

Namun, dengan kemajuan perubatan yang sedia ada, kebanyakan kanser boleh dikesan di peringkat awal dan berjaya dirawat.

 

Kanser ialah sejenis penyakit yang tidak memilih bulu. Penyakit ini tidak peduli badan siapa yang diserangnya. Sel kanser hidup sematamata untuk memenuhi matlamatnya sendiri untuk membiak.

 

Kanser langsung tidak menunjukkan belas kasihan dalam usahanya untuk

mengambil alih badan perumah sehingga tubuh yang dihuninya tidak lagi wujud.

 

Kanser. Perkataan yang sering dikaitkan dengan kematian.

 

Terdapat 210 jenis penyakit yang diklasifikasikan di bawah nama kanser. Kanser menyerang 11 juta dewasa dan kanak-kanak setiap tahun di seluruh dunia dan meragut enam juta nyawa setahun.

 

Di negara kita, 45,000 rakyat Malaysia disahkan menghidap kanser setiap tahun. Kanser ialah punca kematian kedua terbesar di Malaysia selepas sakit jantung.

 

Statistik ini memang menggerunkan dan kebarangkalian menundukkan kanser untuk terus hidup hanya satu dalam empat. Tidak hairanlah ketabahan penghidap kanser untuk menentang penyakit ini benar-benar teruji.

 

Jaminan kewangan membantu menentang kanser

 

Persediaan kewangan sangat penting dalam usaha menentang kanser. CancerCare boleh membantu menjamin kedudukan kewangan anda. Pelan ini membantu anda membuat persiapan kewangan dan menanggung bil rawatan kanser, supaya anda dapat memberi

tumpuan untuk kembali pulih tanpa bimbang tentang masalah kewangan.

 

Menerusi perlindungan meluas kanser peringkat awal dan lanjutan, pelan ini menyediakan sumber kewangan yang diperlukan supaya anda mendapat rawatan perubatan seawal mungkin dan memberikan peluang terbaik kepada anda untuk meneruskan kehidupan.

 

Menerusi CancerCare, anda bukan sahaja melindungi kesejahteraan diri, tetapi tabungan anda juga dapat dikekalkan, kerana pelan komprehensif ini membayar apabila Kanser disahkan di peringkat awal dan lanjutan.

 

Lindungi diri anda dengan CancerCare hari ini. Pelan ini adalah cara terbaik untuk memastikan anda bersedia untuk menghadapi ancaman penyakit yang paling pantas menular di Malaysia.

 

Azam 2015

Azam 2015.

 

Bulan kedua dalam 2015 sudah makin hampir ke penghujungnya. Matlamat 2015 sebenarnya belum lagi ditetapkan. Mungkin kerana kebanyakan tahun pun, tak pernah tercapai azam-azam syok sendiri tersebut. Gagal untuk check, dan re-check dari semasa ke semasa menjadi salah satu factor agaknya.

 

Baik, so here it goes.

 

Apa yang aku nak dan perlu capai sepanjang 2015.

 

Office Career wise – as QS

1.       Dah kerja sebagai QS/ juruukur bahan sejak 2007. Penat, bosan, stress semua ada. Tahun ni berazam untuk pecat boss sendiri and manage my own life. Rasanya life is too short untuk ikut segala bagai telunjuk manusia.

 

UTC Career bersama Kenanga Investors Berhad

1.       Tahun 2015 ini insyallah cari seberapa ramai client. Bina relationship and good rapport dengan client and harapnya boleh tambahkan client melalui referral. Insyaallah will review balik Jun 2015.

2.       Figure based, saya perlukan at least RM4,000 constant income daripada service unit amanah. Moga-moga Allah mudahkan usaha. Banyak juga tapi mudah-mudahan Allah mudahkan.

 

Takaful Career bersama MAA Takaful

1.       Insyaallah, rasanya sepanjang 2015 tak ada masalah untuk achieve paling tidak RM1,000 sebulan sebagai passive income.

 

Overall saya mahu bergerak sendiri. Bermula dengan financial services seperti ini, seterusnya setup offline business by way of opening stores, kedai etc. Seterusnya cari properties untuk teruskan perniagaan homestay, Insyaallah.

 

Yang penting yang saya cari adalah masa. Masa untuk bersama keluarga. Kalau uruskan perniagaan, diuruskan bersama keluara. Masa supaya anak-anak membesar sebagaimana aku membesar.

 

Orang dulu-dulu, mak sentiasa ada di rumah. Mak yang jaga makan pakai. Tak terbiar macam budak-budak sekarang. Membesar di rumah pengasuh. Waktu malam baru sampai di rumah. Parent dah penat, too much work di pejabat dan baliik rumah terpaksa layan anak-anak.

 

Harapnya, perlahan-lahan nak ubah semua ni. Nak bangun pagi-pagi bersemangat. Nak bangun pagi-pagi berjemaah di surau. Ini impian sebenarnya.

 

Impian anak muda di kota.

 

Doakan.

 

 

 

 

Selasa, 24 Februari 2015

Simpanan KWSP Tak Cukup!

JANGAN BERGANTUNG KEPADA SIMPANAN KWSP SHJ UNTUK PERSARAAN ANDA

Simpanan KWSP sahaja tidak mencukupi untuk membiayai kehidupan persaraan. Buktinya seperti statistic KWSP tahun 2013 di bawah:

1.     69% ahli mempunyai simpanan RM50,000 dan ke bawah
2.     54% ahli mempunyai simpanan RM20,000 dan ke bawah
3.     31% ahli yang masih bekerja pada umur 54 tahun.

Jangka hayat penduduk Malaysia telah meningkat kepada 75 tahun. Ini bermakna simpanan KWSP perlu bertahan selama 20 tahun lagi selepas bersara. Namun atas pelbagai factor seperti gaji rendah dan bersara awal telah menyebabkan simpanan KWSP tidak mencukupi dan habis dalam tempoh yang singkat.

Ingat! Apabila anda bersara anda tidak akan lagi menerima gaji bulanan, overtime atau bonus. Simpanan persaraan yang tidak cukup juga akan member kesan kepada anda (pesara) malah anda terpaksa pula memohon bantuan kewangan daripada keluarga untuk meneruskan kehidupan. Oleh itu, rancang dan mula menyimpan mulai sekarang agar anda tidak menyesal di kemudian hari.

Pelaburan di unit amanah yang berpotensi memberikan pulangan lebih tinggi adalah salah satu kaedah terbaik untuk memastikan anda mempunyai simpanan yang cukup ketika bersara. Lebih baik kerana simpanan di unit amanah hanya menggunakan sebahagian simpanan Akaun 1, dan tidak melibatkan sebarang tunai dari anda.

Berminat untuk bersara kaya?





Ahmad Zunaidi
0111.5484.137

Kenanga Investors Berhad

I Quit!

25 February 2015.

 

Sebenarnya dah tulis dan print resign letter siap-siap.

 

Kerja di pejabat ni makin hari makin stress.

 

Politik merata-rata. Kita yang tak bersalah pun rasa tempiasnya. Sangatlah tak seronok bila Darren McLean resign dan keluar dari office ni.

 

Isteri tak bagi green light sebenarnya. Dia pun baru berhenti dan giat jaga booth di PKNS Shah Alam. Diri sendiri pun takut juga sebab memang tak ada back up plan.

 

Yang ada hanyalah back up di Unit Trust dan juga Takaful. Memang tak boleh salahkan dia.

 

Takut juga dengan rezeki yang tidak menentu. Melainkan semua yang baca ni ramai-ramai invest di Kenanga Investors Berhad dengan saya. Tak pun ramai-ramai bagi saya prospek. Haha!

 

Tak apalah Simpan dulu resign letter. Bagi diri sendiri lagi sebulan. Nak sedapkan hati yang lara jer sebenarnya.

 

Malam ni jumpa client yang mahu buat investment. Mahu bincang dan harapkan support client.

 

Owh, hari ni hati saya dalam keadaan yang sangat tidak best.

 

 

 

 

 

Jumaat, 13 Februari 2015

Kepakaran Saya

Kepakaran saya adalah menguruskan pengeluaran sebahagian Akaun 1 KWSP bagi tujuan pelaburan amanah saham di Kenanga Investors Berhad.

 

Pelaburan di Kenanga Investors Berhad memberikan pulangan purata melebihi 10% setahun, jauh lebih baik daripada purata pulangan dividen di KWSP.

 

Pelaburan di Kenanga Investors Berhad adalah selamat, diluluskan Suruhanjaya Sekuriti dan patuh Syariah.

 

Boleh hubungi saya di 0111.5484.137.

Selasa, 10 Februari 2015

Pengeluaran Akaun 1 KWSP

Tahukah anda sebahagian Akaun 1 kwsp boleh dikeluarkan bagi tujuan pelaburan?

Pelaburan di Kenanga Investors Berhad memberikan purata pulangan 12-15%.

Sesiapa yang berminat untuk membuat pengeluaran bagi tujuan pelaburan,  dijemput untuk menghubungi saya segera.

Mereka yang berada di KL,  Selangor,  Kelantan &  Terengganu Dialu-alukan.

Mereka di negeri lain,  saya akan minta konsultan berhampiran untuk berhubung.

Ahmad Zunaidi
0111.5484.137

Khamis, 22 Januari 2015

Takaful Haji di MAA Takaful

Persediaan utk ke tanah suci.

Simpan lah di MAA Takaful serendah RM50 shj sebulan.

Hubungi saya utk maklumat lanjut Dan penyertaan.

01115484137-zunaidi

Jumaat, 16 Januari 2015

Makan

Posing sementara tunggu makan.

Letih jaga budak-budak ni bila kat kedai makan.

Kadang lagi prefer tapau.

Khamis, 15 Januari 2015

Seminar seminar seminar!

Alhamdulillah sempat booked satu seat utk seminar di bawah ni.

But time weekend, memang tak ganggu tugas hakiki di pejabat.

Insyaallah info yang dapat boleh sama-sama kongsi.