FALSAFAH
DAN KONSEP TAKAFUL
Pada
dasarnya, sistem Takaful adalah berasaskan saling bekerjasama,
bertanggungjawab, jaminan, perlindungan dan membantu dalam kalangan para
pesertanya. Amalan yang sama boleh dilihat dalam amalan al-aqilah di
bawah adat kebiasaan suku bangsa Arab sebelum
kedatangan Islam di mana seorang pembunuh dikehendaki membayar wang darah (diyat)
sebagai pampasan kepada keluarga si mati. Doktrin ini telah dibenarkan oleh
Nabi Muhammad (saw) dan seterusnya dijadikan mandatori semasa Khalifah kedua,
Saidina Umar Al Khatab (ra).
1.
Asas
Kerjasama
Takaful,
adalah berasaskan konsep ta'awun bermaksud saling membantu. Para peserta
skim Takaful bersetuju untuk membantu antara satu sama lain dalam berbentuk
kewangan dalam perkara keperluan yang khusus (sebagaimana yang ditakrifkan
dalam kontrak Takaful) dengan menyumbang atau menderma kepada satu kumpulan
wang yang umum.
Konsep
ini adalah berdasarkan perintah Allah (SWT) menerusi ayat yang berikut:
"...
Bekerjasamalah kamu dalam kebaikan dan ketakwaan, tetapi jangan kamu membantu
satu sama lain dalam dosa dan permusuhan"
(al-Maidah:
2)
Nabi
Muhammad (saw) menegaskan dalam hadis yang berikut:
"Allah
akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi dia membantu orang lain"
(Diriwayatkan
oleh Ahmad dan Abu Daud)
2.
Asas
Tanggungjawab
Seiring
dengan disiplin syariah ke atas Takaful (yang bermaksud berkongsi
tanggungjawab dan berkongsi jaminan), para peserta bersetuju untuk memberi
pampasan sekiranya berlaku musibah.
Ibarat
hubungan dan perasaan orang-orang yang beriman, antara satu sama lain, adalah
seperti jasad, apabila salah satu daripada bahagian-bahagian yang ditimpa
kesakitan, maka seluruh jasad akan merasainya.
(Diriwayatkan
oleh Bukhari dan Muslim)
3.
Asas
Saling Melindungi
Para
peserta Skim Takaful bersetuju untuk saling bertanggungjawab atau berkongsi
tanggungjawab.
Demi
hayatku yang berada dalam kekuasaan Allah, tiada siapa akan masuk Syurga jika
beliau tidak melindungi jirannya yang berada dalam kesusahan.
(Diriwayatkan
oleh Ahmad) 30