Recent Posts

Ahad, 6 Julai 2014

Car Boot Sale TSB Sg Buloh


05 July 2014

Semalam saja-saja try join car boot sale di TSB Sg Buloh. Saya memang minat berniaga. Wife pun sama. So we decided nak berniaga comforter/ selimut tebal bundle, sebab rata-rata kat situ banyak jual barangan terpakai sendiri. A week before, saya beli satu guni bundle dari supplier dari Klang, dan alhamdulillah satu malam dah balik modal.

Jualan agak memberansangkan. Kami dapat lebih kurang RM400 untuk jualan semalam. Tak sempat mana nak ambil gambar sebab nak jaga lagi dua orang hero yang memang tak reti duk diam. Saya sarankan sesiapa yang nak cari duit lebih, boleh cuba-cuba berniaga.





Abang Akif yang tengah mengajuk. Susah betul nak layan.


Jualan bermula dari jam 5 petang hingga jam 12 tengah malam. Tapi kami datang pun dalam 7.15 malam. Berbuka puasa dulu, solat Maghrib then baru buka kedai. Dalam 8.20 malam baru buka kedai. Alhamdulullah, syukur pada Allah yang beri rezeki.

P/S: Yang nak quotation percuma dengan pelan takaful terbaik daripada MAA Berhad, mahupun nak maximize return dari akaun KWSP Akaun 1 ataupun tunai serendah RM100 sebulan dengan Kenanga Investors Berhad, jangan segan-segan roger saya.

H/P : 01115494137
Email: zunaidi.ahmad@gmail.com

Hari ni nak ke GM Klang ;)

1 ulasan: