Recent Posts

Jumaat, 27 Februari 2015

Itulah Dia Tuhanku!

Kau tidak perlu berwajah cantik untuk dikatakan seorang yang cantik
Dan tidak perlu memuji-muji kerana mahu menjadi seorang yang disukai
Tidak perlu menjadi kaya untuk menjadi seorang yang bahagia
Cukuplah dengan membuat Tuhanmu redha dan kasih kepadamu
Pasti Dia akan menjadikanmu cantik dan indah di mata manusia
Disukai dan disenangi semua
Serta hidup bahagia

Andai kau lakukan 99 kebaikan, tetapi terbuat silap sekali
Manusia akan menyalahkanmu dengan kesilapan yang satu itu, dan melupakan semua 99 kebaikan yang lain

Itulah hakikat manusia!

Tetapi andainya kau lakukan 99 kesilapan, dan Cuma sekali melakukan perkara kebaikan
Allah akan ampun semua 99 kesilapanmu dan menerima amal baktimu yang satu itu


Itulah Dia Tuhanku!

0 ulasan:

Catat Ulasan