Seorang sales man boleh kata dan claim apa saja asal
produknya dibeli orang.
Ibarat membeli rumah.
“Abang, built up rumah ni memang besar. 20’x70’. Dua tingkat
built up 1,700m2. Boleh tengok model, layout plan ni”
Pada orang techy macam saya yang memang bergelumang dengan
kerja seorang QS, built up area Architect pun saya tak terima pakai.
Kerana apa?
Kerana falsafahnya cara kiranya berbeza. Arkitek kira
berbeza, untuk submission pada local authority for approval.
Orang sales kiraannya berbeza, nak bagi Nampak built up area
nya besar.
Kiraan QS nya berbeza, kerana ambil kira pelbagai factor
kerana setiap inci rumah itu menyumbang kepada kos.
Begitu juga halnya dengan unit amanah / unit trust.
Jadi post hari ini saya agak berada dalam dilemma,
memandangkan saya kurang bagus dalam sales, tapi agak cemerlang dalam hal-hal
teknikal.
Post ini saya karang sempena request daripada seorang teman
Facebook yang nak tahu serba sedikit mengenai unit trust. Saya cuba terangkan
seringkas mungkin dalam lay man term. Harap-harap taka da yang confuse sangat.
Apa Itu Unit Trust
/ Unit Amanah / Mutual Funds
Semua term di atas merujuk kepada benda yang sama. Unit
trust ini adalah satu produk berbentuk dana/ funds yang dikeluarkan oleh
syarikat pengurus dana (fund management / fund house) yang mengutip duit orang
ramai untuk dilaburkan ke dalam pelbagai instrument pelaburan, dalam dan luar
Negara, sesuai mengikut tujuan asal penubuhan setiap dana tersebut.
Ok, faham ke faham?
Tak faham? Baca balik perenggan atas. Hehe…
Harap-harap faham lah yer. Kalau tak faham tu mungkin
terlebih makan semut kecik-kecik dulu. ;)
Saya tak ada statistic jumlah fund houses di Malaysia, tapi
yang paling besar adalah permodalan Nasional Berhad (PNB), syarikat pengurus
amanah untuk Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN).
Sounds familiar?
La, baru tahu ke ASB tu unit trust? Yang ramai orang kita
duk masuk melabur tu. Yang banyak agen kat luar sana termasuk Pos Malaysia tu?
Yang tiap-tiap tahun dividen 8% setahun tu duk bagi kat pelabur-pelabur? Yang
tiap-tiap hari duk iklan kat tv time dulu-dulu tu?
Tu ke unit trust?
Ha, tu lah! Habis yang duk kalut, takut sangat orang cakap
pasal unit trust tu pasai pa?
*Disclaimer: Saya bukan orang utara.
Baik, kita p second chapter.
Ke Mana Dilaburkan
Duit Anda?
Ada 3 instrumen yang utama
1.
Equity / Saham
2.
Bon / sukuk
3.
Money market.
Jangan risau kalau kita tak tahu apa pun pasal hal di atas,
kerana fund manager yang bijak itu akan uruskan duit tersebut selaras dengan
objektif penubuhan fund tersebut.
Selalunya saya galakkan pelabur dalam dana yang melabur
dalam equity, kerana memberi pulangan yang ‘hensem’ untuk long term (3-5
years). Nak untung cepat, ini bukan tempatnya. Ini bukan skim cepat kaya tapi
satu system pelaburan yang dibenarkan undang-undang, diluluskan oleh Security
Commissioner (SC) dan dalam pantauan FiMM (Federation of Investment Managers).
Don’t play play ar.
Faham ke faham?
Tak faham saya tinggal.
Baik, kita p ke 3rd chapter.
Macam Mana
Keuntungan Diperoleh Daripada Unit Trust
Bab ni baik saya tampal gambar. Ramai orang lebih mudah
faham bila ditunjukkan grafik.
Umumnya, pelabur akan dapat benefit/ keuntungan daripada 2
item.
1.
Appreciation of unit price.
Grafik di atas menunjukkan appreciation of unit price untuk
satu dana dari tahun 2009 hingga 2013.
Contoh, jika harga seunit saham amanah pada tahun 2008 ialah
RM1.00, maka pada tahun 2009, harga seunit tersebut naik sebanyak 30.42%,
menjadikan harga seunit kepada RM1.30.
Bayangkan jika anda melaburkan wang RM10,000 pada 2008
dengan harga RM1.00 seunit, nilai pelaburan anda pada tahun 2009 adalah (10,000
unit x RM1.30) sebanyak RM13,000.
Begitulah seterusnya. Banyak tak untung dana unit amanah kat
atas?
Banyak kan. Jadi untung ke untung melabur dalam unit amanah?
Agak-agak ASB ada dapat RM3,000 keuntungan setahun?
Tanya jawab sendiri la yeop.
Item ke dua.
2.
Pengagihan dividen / distribution
Selalu duk umum dalam Buletin
Utama time hujung tahun
“PNB mengumumkan pengagihan
pendapatan bagi tahun berakhir 2020 sebanyak 7.90 sen seunit saham”
Biasa dengar? Bohong la kalau tak biasa dengar. Kalau tak
biasa dengar ni memang on tv cari saluran hiburan, tengok konsert AF.
Haha..Jangan marah ;)
Baik. Unit trust pun akan membuat agihan pendapat. Tapi
benda ni bukannya suatu compulsory kepada fund manager kerana agihan pendapatan
hanya akan dilakukan mengikut prestasi semasa dana dana halatuju akan datang
dana tersebut.
Ni screen shot satu dana best dari saya.
Nak ke cara kira?
Umumnya, jika kita ada 10,000 unit.
10,000 x 7.50 sen = RM750
Katakan harga semasa ketika pengagihan diberikan adalah
RM1.20
Jadi, RM750/RM1.20 = 625 unit.
Berdasarkan pengagihan, unit terkini pelabur adalah 10,000
unit + 625 unit = 10,625 unit.
Unit-unit ini kekal jadi hak milik pelabur dan akan
diniagakan lagi.
Jadi untung ke untung? Dapat dua benefit keuntungan, iaitu
1.
Price appreciation / kenaikan harga seunit saham
2.
Agihan pendapatan.
Tapi tuan, Islamic
ke Pelaburan Macam Ni? Dibenarkan Syarak ke?
Good question, walaupun saya bukanlah berstatus tuan.
Panggil saya sahabat lagi sejuk didengar kot.
Haha.
Baik. Contoh dana di atas adalah dana Islamic patuh syariah
yang hanya melabur di dalam tempat yang patuh syariah (yang mana ada unsur gharar,
maisir itu memang tak boleh) dan dipantau oleh panel syariah yang menerima
laporan pelaburan daripada pengurus dana setiap BULAN.
Jadi ianya HALALAN THOYIBBAH. Tidak ada keraguan akan status
pelaburan tersebut melainkan halal semata-mata halal.
Macam Mana Nak
Melabur?
Call saya – 01115484137.
Yang saya duk explain panjang lebar ni nak bagi korang
faham, dan bila faham terus bertindak cari saya untuk turut melabur.
Ha, kan bagus tu. Saya boleh educate investors macam anda
and anda-anda semua pun bertambahlah ilmu dari sehari ke sehari.
Knowledge sharing kata mat and minah saleh.
Ada tiga cara untuk melabur.
1.
Cash / Tunai
Cara ini korang just letak one lump sum
figure untuk dilaburkan. Minimum investment adalah RM1,000.
2.
Regular savings/ simpanan secara berkala
Cara ini adalah dengan melabur secara
tetap/ berkala sebulan sekali, minimum RM100 sebulan dengan initial investment
adalah RM1,000.
3.
Pengeluaran KWSP Akaun 1
Sebahagian sahaja pengeluarannya dan boleh
dilakukan secara berkala setiap 3 bulan.
Itu sahaja post saya kali ini. Harap yang request tentang
penerangan serba sedikit mengenai unit trust ini berpuas hati dengan penerangan
di atas.
Jika korang rasa post ini memberi manfaat, dijemput share ke
Facebook supaya lebih ramai orang tahu dan faham dan lebih ramailah yang
terbuka hati memberi nilai tambah pada diri untuk kesejahteraan masa depan,
Insyaallah.
0 ulasan:
Catat Ulasan