Recent Posts

Isnin, 11 Ogos 2014

Dapatkan Polisi Takaful Anda Secara Percuma

1.     Ramai orang mencari cara untuk berjimat di saat harga barang yang naik dan tidak berkadaran dengan kadar kenaikan gaji. Alternatif terbaik adalah dengan mencari jalan ‘menaikkan’ gaji sendiri dengan mengurangkan perbelanjaan dan membuat kerja-kerja sampingan yang lain.

2.     Aktiviti mengurangkan perbelanjaan adalah cara paling mudah meningkatkan gaji sendiri. Bezakan dahulu antar keperluan dan kehendak dan buang yang mana yang tidak perlu. Sebagai contoh, mungkin cuma langgan pakej paling murah Astro berbanding membayar ratusan ringgit dengan pelbagai saluran hanya untuk menghabiskan 1-2 jam sehari di depan TV. Mungkin juga boleh guna talian telefon prabayar berbanding pasca bayar. Saya dapati ‘bil’ saya lebih jima menggunakan talian prabayar Tunetalk berbanding ketika saya menggunakan talian pasca bayar Digi dan Umobile dahulu. Terpulang, kerana kadar penggunaan telefon berbeza mengikut individu.

3.     Jika anda mempunyai polisi takaful sama ada kad perubatan ataupun insurans nyawa, dahulukan bayaran sumbangan bulanan tersebut dahulu berbanding bayaran yang lain.

4.     Anda boleh berjimat sebenarnya dengan memiliki polisi-polisi takaful ini. Di dalam laman rasmi Lembaga Hasil dalam Negeri, item 21 dan 24 menyatakan dengan jelas kadar ‘claimable’ sehingga RM6,000 dan RM3,000 masing-masing.

http://www.hasil.gov.my/goindex.php?kump=5&skum=1&posi=3&unit=1&sequ=1

5.     Jika anda pekerja kerajaan, anda adalah warganegara yang paling banyak mendapat faedah di bawah item 21. Memandangkan anda tiada sumbangan dalam KWSP, maka jumlah ‘claimable’ sebanyak RM6,000 itu boleh dituntut untuk setiap premium/ sumbangan takaful yang anda lakukan untuk insurans nyawa. RM6,000 / 12 bulan = RM500 sebulan.

6.     Dengan bayaran RM500 sebulan, dengan memiliki satu polisi takaful hayat dengan MAA Takaful, anda dilindungi sebanyak RM1,700,000.00 untuk diwariskan kepada keluarga dan anak-anak. (Untuk peserta berumur 30 tahun – Lihat ilustrasi). Polisi ini juga dating bersama dengan pelaburan, yang mana ditunjukkan dalam Senario 1 dan 2.



7.     Senario 1 mewakili ‘worst condition’ manakala Senario 2 adalah sebaliknya.

8.     RM500 sebulan yang disumbangkan itu boleh dituntut balik daripada LHDN, dan akhirnya menjadi percuma juga.

9.     Akhirnya anda memiliki satu polisi insurans hayat + pelaburan dengan harga sifar.

10.  Jika anda pekerja kerajaan mahupun pekerja swasta yang potongan tahunan KWSP kurang daripada RM6,000, gunakanlah lebihan peruntukan itu untuk mengambil manfaat dalam polisi takaful.

11.  Jika tidakpun menjadi percuma (untuk pekerja swasta), sekurang-kurangnya anda telah dapat mengurangkan sumbangan bulanan untuk polisi takaful anda.

12.  Untuk item 24, jumlah boleh dituntut adalah sehingga RM3,000 sebulan, untuk kad perubatan dan pendidikan.

13.  Di MAA Takaful, sumbangan RM250 sebulan (RM3,000/12) membolehkan anda mendapat kad perubatan P300  bernilai RM150,000 setahun, tiada had sepanjang hayat, guaranteed renewal, tiada bayaran co-takaful, duit elaun RM300 sehari jika masuk wad, lengkap dengan Personal Accident policy bernilai RM10,000 dan juka Takaful Khusus sebanyak RM7,000 yang merangkumi perkhidmatan badal haji (jika kematian pemegang policy), qurban dan waqaf yang dilakukan oleh MAA Takaful bagi pihak pemegang policy. Polisi ini juga turut datang dengan saving/ simpanan dan pelaburan.




14.  Jumlah RM250 sebulan atau RM6,000 ini juga boleh dituntut dari LHDN yang akhirnya menjadi percuma juga.

15.  Anda cuma perlu bayar untuk tahun pertama sahaja. Tahun kedua dan seterusnya, gunalah wang yang diperoleh daripada LHDN untuk membayar sumbangan polisi anda untuk tahun-tahun seterusnya.


16.  Yang berminat dan mahu dapatkan quotation percuma daripada saya, bolehlah diusulkan melalui email (zunaidi.ahmad@gmail.com) atau pun di talian 01115484137.

ADAKAH YANG LEBIH BAIK DARIPADA BENDA PERCUMA INI?

0 ulasan:

Catat Ulasan