Recent Posts

Selasa, 12 Ogos 2014

Kisah Wang RM50 dan Si Bijak Wang

Nilai RM50 sebenarnya banyak masa kecil-kecil dulu. Dapat RM50 sebagai duit raya memang banyak yang boleh dibeli. Buku pun banya boleh beli. Novel Ahadiat Akashah pun dulu rasanya ada yang tak sampai RM10. Minat betul say abaca novel dia dulu. Sedari sekolah rendah (91-96) saya dah mula minat baca novel. Novel 5 sekawan oleh Enid Blyton memang tak pernah terlepas. Semua buku dia saya khatam dalam perpustakaan. Sampaikan saya rasa dah tak ada dah buku yang saya boleh baca dalam perpustakaan sekolah yang tak lah besar mana pun.

Nilai RM50 hari ini (2014) memang gagal bertahan lama dalam poket saya. Malah, poket semua orang pun rasanya. Besar manalah nilainya RM50 tu kalau kita translate pada mileage yang kereta kita boleh pergi dengan nilai sebesar atau sekecil itu.

Sekali lunch mungkin dah cecah RM10. 5 kali lunch saja, habislah duit RM50 itu.



Apa yang boleh saya dan MAA Takaful tawarkan dengan nilai serendah itu hari ini?

Takafulink Hajj

Skim takaful ini sangat istimewa kerana adalah satu-satunya yang ditawarkan di Malaysia setakat ini. Ia ditawarkan kepada setiap orang Islam yang berimpian menunaikan haji walaupun selepas ketiadaan kita. Apa yang ada dalam skim takaful ini?




1.     Jaminan badal haji, qurban, waqaf dan khairat kematian yang bakal dilakukan pihak takaful kepada peserta takaful (anda) selepas ketiaadaan anda. Alhamdulillah, kita meninggal pun, ada yang menjamin kita dapat sempurnakan Rukun Islam yang kelima itu. Kalau kita daftar di Tabung Haji sekarang pun, mungkin giliran kita untuk menunaikan haji sekitar 2060 dan ke atas. Agak-agak siapa yang dapat menjamin bahawa kita masih hidup ataupun tidak lumpuh saat dan ketika itu? Badal haji ini juga boleh dilakukan apabila anda disahkan mengalami lumpuh.

2.     Hibah RM80,000 dan ditinggalkan kepada waris dan sesiapa sahaja yang anda hibahkan. Ianya bersamaan dengan RM6,666/ sebulan, cukup untuk memberi tempoh bertenang kepada isteri untuk memulakan hidup baru selama setahun, sebelum si isteri mencari jalan membesarkan anak-anak. Inilah pelan pengganti gaji yang sangat murah dan mampu dimiliki oleh sesiapa saha.

3.     Hibah khas meninggal di Mekah, sehingga 200% jumlah dilindungi jika anda mengalami lumpuh ataupun meninggal di Mekah ketika sedang melakukan ziarah (umrah/ haji).

4.     Jumlah hibah tadi layak untuk diwariskan hanya selepas 3 bulan anda mula mencarum, bukannya selepas 100 tahun (60,000/50/12 = 133 tahun). Sebaiknya jangan bertangguh kerana lebih baik kita tinggalkan sesuatu untuk anak isteri jika apa-apa yang tidak diingini berlaku kepada diri kita se

Pelaburan Unit Amanah

Pakej swasta untuk membolehkan anda pergi menunaikan haji berharga RM30,000 dan mungkin lebih.

Jika anda ingin melakukan haji dalam tempoh 10 tahun tanpa melalui Tabung Haji (kerana masa menunggu yang lama), anda mungkin juga boleh pertimbangkan membuat pelaburan di dalam unit amanah Kenanga Investors Berhad.



Katakan anda merancang untuk melakukan haji pada tahun 2024.

Kos haji pada 2014 adalah = RM30,000.

Kadar inflasi untuk haji, katakan pada kadar 4% setahun.

Oleh itu, kos pada 2024 adalah sebanyak RM44,400.

Anda memerlukan sebanyak RM44,400 untuk menampung perbelanjaan menunaikan haji pada tahun 2024 dengan mengikut pakej swasta dan bukannya melalui Tabung haji.

Dengan simpanan permulaan sebanyak RM1,000 bersama Kenanga Investors Berhad dalam dana Kenanga Shariah Growth Fund yang memberikan purata pulangan 12% setahun, dengan tempoh simpanan selama 10 tahun, anda perlu menyimpan dan melabur sebanyak RM206 sebulan.

Katakan jika anda mengambil kedua-dua inisiatif yang saya katakana tadi, dengan sumbangan bulanan sebanyak RM50 + RM206 = RM256 sebulan.

Andaikan pada tahun ke 8 , iaitu pada 2022, sesuatu terjadi pada anda yang tidak memungkinkan lagi anda untuk terus menyimpan (cth: lumpuh atau meninggal), berapakah jumlah yang anda dapat hibahkan pada anak isteri anda?

1.     Jumlah pampasan hibah daripada MAA Takaful: RM80,000 (Nilai sebenar adalah lebih kerana MAA Takaful melakukan badal haji, qurban, waqaf dan khairat kematian yang semuanya berjumlah RM7,000)

2.     Jumlah pelaburan unit amanah Kenanga Investors Berhad : RM31,420

3.     Jumlah terkumpul yang dihibahkan pada anak isteri : RM111,420.

Bandingkan jika anda menyimpan dalam ASB sebanyak RM256 sebulan dalam masa 8 tahun dengan kadar purata keuntungan 8%.

Jumlah yang boleh diberikan kepada anak isteri (ambil masa yang lama melalui Amanah Raya) hanyalah sebanyak RM32,680.

Perbezaan sebanyak RM111,420 – RM32,680 = RM78,740.

Soalan saya, anda mahu yang mana?


0 ulasan:

Catat Ulasan