Recent Posts

Isnin, 3 November 2014


Contoh ilustrasi untuk pelan pendidikan anak-anak.

Ilustrasi ni untuk anak sulung saya sebenarnya. Bermula dengan RM50 saja dulu. Taka pa lah daripada tak bermula langsung. Tahun depan tambah lagi RM50 Insyaallah. Polisi matang pada usianya 25 tahun.

Saya target ada 3 polisi pendidikan untuk Akif supaya setidaknya ada RM30,000 dalam bentuk tunai untuk tujuan pendidikannya.

Paling utama, pihak takaful akan meneruskan sumbangan RM50 sebulan ini andai kata nyawa saya (atau isteri) pendek ataupun saya (atau isteri) ditimpah musibah kecacatan kekal.

Paling kurang simpanan pendidikannya terjamin.

Insentif untuk kecemerlangan akedemik juga disediakan takaful, tapi pada saya ia tidak begitu penting. Lebih penting adalah simpanan pendidikan itu ada walaupun saya dah tak ada.

Ada parents yang nak ikut jejak langkah saya dan isteri?

Kita bermula perlahan. It doesn’t matter.

Yang penting kita sudah bermula.

0 ulasan:

Catat Ulasan