Recent Posts

Rabu, 24 Disember 2014

Salah Faham Mengenai Takaful

Salah Faham Mengenai Takaful. 

1.       Setiap manfaat yang diperoleh (seperti dalam jadual manfaat polisi anda) perlu dibayar.

2.       Kad perubatan contohnya, mungkin mengambil 60% daripada jumlah caruman bulanan anda.

3.       Bersama dengan bayaran wakalah fee dan fee-fee yang lainnya, termasuk bakinya yang dilaburkan dalam unit amanah menjadikannya sebagai amaun sumbangan yang telah, sedang dan bakal anda bayar.

4.       Akan tetapi harga setiap manfaat ini, akan meningkat seiring dengan peningkatan kos perubatan dan umur anda.

5.       RM150 yang anda bayar ketika anda berusia 25 tahun mungkin cukup untuk mendapatkan kad perubatan RM100,000 setahun beserta takaful nyawa RM100,000, contohnya.

6.       Akan tetapi RM150 itu PASTI tidak akan cukup untuk mendapatkan semua manfaat tersebut ketika anda berusia 55 tahun. Carumannya mungkin RM250, mungkin juga RM300.

7.       Adakah anda perlu bayar lebihan caruman yang perlu dibayar ketika anda berusia 55 tahun itu?

8.       Tidak. Lebihan simpanan yang dilaburkan dalam unit amanah (item 3) lah yang digunakan bagi menampung ketidakcukupan sumbangan bulanan ketika anda meningkat usia kelak.

9.       Dengan cara itu, anda dapat memastikan jumlah sumbangan yang tetap (RM150) sedari anda berusia 25 tahun hingga 80 tahun.

10.   Justeru, mana-mana agen takaful yang lebih menekankan ‘saving’, atau simpanan dalam pemasaran mereka tidak lebih dari cuba mencari ‘sales’ dalam survival industry.

11.   Dengan inflasi perubatan berlegar sekitar 8-10% dan inflasi Ringgit sekitar 3-4%, mereka yang tidak terlibat dengan industri ini pun boleh berfikir secara logik yang RM150 hari ini tidak akan sama nilainya dengan RM150 20 tahun akan datang.

12.    Bila berbicara mengenai takaful, ianya akan selalu berkisar tentang perlindungan, dan bukannya pelaburan.

13.   Melaburlah di tempat yang betul, seperti contoh di unit amanah, dan bukan menerusi instrument takaful.

0 ulasan:

Catat Ulasan