Recent Posts

Rabu, 17 Disember 2014

Ruginya Tidak Pindahkan KWSP ke Unit Amanah

Saya rasa ada mood untuk menulis hari ini. Banyak kerja yang dah selesai dan saya fikir ada bagusnya saya kongsi satu dua pengetahuan yang saya ada mengenai pelaburan unit amanah dan KWSP.




Apa ruginya jika tidak menggunakan simpanan Akaun 1 KWSP untuk dilaburkan ke dalam unit amanah?




1.      Kerugian dari segi return/ pulangan.
a)      Pulangan KWSP hanyalah berlegar sekitar 4-6% sahaja setahun. Pulangan unit amanah pula berlegar sekitar 10-15% setahun. Pulangan tahunan Kenanga Syariah Growth Fund (KSGF) adalah 17% (data 2010-2013).
b)      Jika kita ambil 12% sebagai asas pengiraan, dan bandingkan dengan pulangan KWSP 6% setahun, anda sebenarnya ‘kehilangan’ 6% setahun dari segi pulangan, dan return ini pula di gandakan (compound interest).
c)      Contoh mudah – RM10,000 permulaan dan 6% setahun selama 10 tahun, pulangan total adalah RM17,908.
d)      Jumlah yang sama juga dengan pulangan 12% setahun memberikan pulangan sebanyak RM31,058. Perbezaan sebanyak RM13,150.
e)      Bayangkan yang dilaburkan itu bukannya RM10,000 tetapi RM100,000 atau lebih tinggi.


2.      Kerugian kerana tidak memanfaatkan dana sedia ada
a)      Anda sebenarnya melaburkan duit anda (yang hakikatnya belum lagi sempurna milik anda) yang memang dah ada di dalam KWSP. Anda tidak perlu mengeluarkan duit sesen pun untuk memulakan pelaburan unit amanah.
b)      Minimum pelaburan hanyalah RM1,000 dan wang yang dikeluarkan adalah dari Akaun 1, dan bukannya Akaun 2.
c)      Jika anda beralasan untuk menggunakan duit KWSP untuk membayar rumah, sambung belajar dan sebagainya, ketahuilah wang tersebut sebenarnya dikeluarkan dari Akaun 2 dan bukannya Akaun 1.
d)      Sebahagian Akaun 1 KWSP hanya boleh dikeluarkan bagi tujuan pelaburan unit amanah dan bukan bagi tujuan lain.
e)      Apa yang diperlukan adalah ‘mind set’ yang perlu ditukar dan cuba melihat peluang lain yang boleh diteroka bagi manfaat hari persaraan anda juga.



3.      Pematuhan Syariah sepenuhnya
a)      Dana unit amanah ada yang ditawarkan secara konvensional dan ada juga patuh syariah.
b)      KSGF adalah dana patuh syariah 100% dengan diawasi panel syariah berkecuali yang dilantik.
c)      Patuh syariah sesuatu dana bukan sahaja bergantung pada kaunter mana wang anda dilaburkan (tidak dibolehkan melabur di kaunter syarikat arak, perjudiaan dan sebagainya), tetapi juga bergantung pada tiadanya unsure penganaiayaan baik pada operator (syarikat pengurusan dana unit amanah seperti Kenanga Investors Berhad) mahupun pada pelabur itu sendiri anda).
d)      KWSP adalah tidak patuh syariah.
e)      Mengikut Dr Zaharudin, simpanan dalam KWSP perlu dibersihkan sebelum boleh digunakan.Sifirnya begini.
f)       Anda menyimpan setiap bulan di KWSP dan pada umur anda 55 tahun, simpanan anda berjumlah RM500,000.
g)      65% adalah dari sumber halal (simpanan asas anda + majikan). Jadinya RM325,000 adalah boleh digunakan.
h)      Bakinya 35% itu perlu dibersihkan.
a.      70% daripada 35% perlu dibersihkan. 70% x (35% x 500,000) = RM122,500.
b.      Jadinya duit halal yang boleh digunakan adalah RM325,000 + RM52,500 = RM377,500.
c.       RM122,500 perlu disedekahkan kepada orang lain yang bukan dalam tanggungan anda.
i)        Pengiraan diatas adalah hasil perkongsian Dr Zaharudin daripada analisa dan kajian yang dilakukan beliau.
j)        Wang RM377,500 itu perlu perlulah dizakatkan sebanyak 2.5%, dan bakinya adalah hak milik anda.
k)      Pelaburan dalam KWSP mengurangkan wang yang perlu dibersihkan sebegini.



4.      Kerugian Menimba Ilmu Baru
a)      Anda tak pernah tahu, atau mungkin sebelum ini kurang faham dengan selok-belok pelaburan unit amanah.
b)      Perbincangan/ pertemuan dua mata antara saya dan anda bakal memberikan ilmu baru mengenai pengurusan kewangan dan juga cara pelaburan ini dilakukan.
c)      Lagi banyak kawan yang anda bawa ketika kita bertemu, lebih banyak soalan yang boleh diutarakan dan lebih banyak yang saya boleh jawab.


Melaburlah. Saya hanya perlukan salinan kad pengenalan anda, jumlah Akaun 1 KWSP dan juga nombor ahli KWSP anda.

Tidaklah susah mana untuk menjadi lebih bijak.

Untuk dana persaraan anda juga.



Ahmad Zunaidi bin Zulkipele
01115484137


Seri Kembangan, 17/12/2014.

0 ulasan:

Catat Ulasan