Recent Posts

Khamis, 4 September 2014

Persiapkan Waris RM1.2 juta Sebelum Mati


Disaat saya tulis artikel ni, saya dah ‘persiapkan’ untuk waris RM1.2 juta (walaupun saya belum jutawan) kalau saya kembali kepada Tuhan di waktu saya masih muda. Sebenarnya, kita tak perlu jadi jutawan untuk pastikan waris ada ‘harta’ yang cukup mereka survive setelah pemergiaan kita. Toolsnya ialah lindungan takaful!
Bagi orang ‘muda’ seperti saya, risiko terbesar kematian disebabkan KEMALANGAN, bukan KESIHATAN. Walaupun saya dah bersedia dengan lindungan takaful untuk “kesihatan”, saya bagi perhatian besar pada lindungan “kemalangan”.

Tinggalkan Waris Beban Hutang?

Saya rasa terpanggil untuk tulis artikel ni lepas pemergian seorang sahabat saya pada awal tahun ni disebabkan kemalangan jalan raya. Beliau tinggalkan seorang isteri, 5 orang anak kecil, dan ‘beban hutang’ sangat besar yang terpaksa ditanggung oleh waris.
Masa tu saya fikir, kalau aku pesan pada dia pasal lindungan takaful masa berziarah ke rumah dia dua bulan sebelum dia meninggal, at least waris dia tak lah jatuh ditimpa tangga. Sudahlah sedih dengan pemergian dia, ditambah lagi dengan beban hutang yang besar terpaksa ditanggung, hingga ‘sesak dada’ memikirkannya.

Jana RM5,000 Sebulan Tanpa Bekerja

Untuk pastikan isteri saya tak perlu fikir pasal duit sepeninggalan saya, saya siapkan lindungan takaful Personal Accident (Kemalangan Diri) sekitar RM1.2 juta. Dia tetap akan kehilangan suami, tapi dia tak hilang sumber pendapatan, insyaAllah.
RM1.2 juta tu sebenarnya cukup untuk jana passive income at least RM5,000 sebulan selama-lamanya, tanpa perlu bekerja, tanpa sentuh pun duit RM1.2 juta tu walaupun 1 sen. Caranya ialah laburkan duit RM1.2 juta di tempat yang selamat, berisiko rendah dengan pulangan sekurang-kurangnya 5% setahun, seperti Tabung Haji.

Kos ‘Membeli’ Lindungan Takaful

“Berapa ‘premium’ insurannya?”
Takaful Personal Accident murah jer, cuma RM100 setahun untuk setiap lindungan RM100,000. Kita boleh dapatkan cover RM10,000 dengan bayaran serendah RM10 setahun. Tapi tak ada mana-mana takaful yang bagi cover sehingga RM1 juta kecuali income bulanan kita lebih RM10,000 sebulan. So, untuk cukupkan cover, kita kena ambik cover daripada beberapa takaful. Contohnya lindungan RM400,000 dari Takaful Ikhlas, RM400,000 dari BSN Prudential, dan RM400,000 dari Takaful Malaysia. So, total cukuplah RM1.2 juta.
Dan berita lebih baik, biasanya mana-mana syarikat (majikan) dah sediakan lindungan takaful atau insurans untuk kakitangan. Mungkin jumlah covernya sehingga 3 tahun ataupun 5 tahun pendapatan. So, kalau nak cukupkan RM1.2 juta, just top-up jer lah.

Penyumbang Takaful, Untung Kiri Kanan

“Kalau tak claim, rugilah duit bayar takaful tu?”
He he he… kekadang saya rasa kelakar bila orang cakap macam tu. Bagi saya, dua-dua untung. Claim untung, tak claim pun untung. Bila claim, maksudnya kita dah mati. Apa untungnya waris kalau kita mati? RM1.2 juta tu bukan nilai sebenar nyawa kita. Kalau boleh dibeli, saya pasti waris kita tak nak duit tu.
Kalau tak claim, kita tetap untung. Pertamanya, kita tak mati ataupun hilang upaya. Keduanya, ramai orang tak sedar, duit yang kita bayar untuk takaful tu adalah tabarru’ yang bermaksud “sedekah”. Duit tu adalah sedekah, dan sedekah tu salah satu jalan mengundang rezeki daripada Allah. Duit tu juga akan jadi saham di hari kehidupan yang kekal selamanya, iaitu Akhirat. So, tak ada istilah duit burn sebab bayar takaful!

Dapatkan Perlindungan, Bukan Simpanan

Kos saya bayar sumbangan takaful sebulan at least RM100 sebulan, dan duit tu 100% tabarru’ (sedekah), bukan saving. Saya tak buat saving melalui takaful sebab pulangannya sangat minimum berbanding saving di tempat lain.
Selain dari Personal Accident, saya juga ambik lindungan kesihatan, dan Takaful Kesihatan kosnya lagi mahal daripada Personal Accident. Kalau Personal Accident, kosnya cuma RM100 setahun (untuk cover RM100,000), tapi untuk kesihatan, kosnya at least RM50 – RM100 sebulan. Itu terpulang pada bajet masing-masing.

Saya Bukan Ejen Takaful atau Insurans

Ringkas cerita, saya syorkan semua sahabat cek balik lindungan takaful masing-masing. Jangan anggap ianya remeh. Saya yakin, kalian cuma akan percaya yang ianya penting bila musibah betul-betul terkena pada kalian, ataupun orang terdekat dengan kalian. Dan yang paling penting, saya ceritakan pasal lindungan takaful demi kebaikan semua, dan saya bukanlah ejen mana-mana takaful untuk mempromosikan tentang takaful.
Daripada saya menyesal sekali lagi sebab tak pernah cerita pasal takaful sebagaimana berlaku pada sahabat saya hari tu, lebih baik saya cerita sekarang. So, ‘beli’ takaful sekarang!

“Tinggalkan isteri dan anak dengan kesenangan adalah lebih baik dari meninggalkan mereka di dalam keadaan meminta-minta” (Hadith Riwayat Bukhari)


Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
18 November 2011
22 Dzulhijjah 1432


p.s. Saya juga ada seorang kenalan yang kematian suami disebabkan kemalangan, tetapi suaminya telah siap dengan lindungan melebihi RM1 juta. Setelah kematian suami, dia terus berhenti kerja (dan tak perlu kerja lagi sepanjang hayat) untuk fokuskan perhatian kepada dua orang anaknya yang masih kecil. Ini juga kisah live yang saya tengok depan mata sendiri.

Artikel Asal di http://www.mohdzulkifli.com/2011/11/persiapkan-waris-rm1-2-juta-sebelum-mati.html#comment-6891

0 ulasan:

Catat Ulasan