Recent Posts

Khamis, 3 Julai 2014

Cukupkah Dana Persaraan Anda?

Assalamualaikum,

Post kali ini mengajak kita berfikir keadaan kita di hari tua kelak.





Mengikut kajian, purata umur lelaki dan wanita Malaysia adalah masing-masing 73 dan 75 tahun. Maksudnya selepas bersara pada usia 55 tahun, kita masih ada 18 atau 20 tahun lagi untuk terus hidup tanpa adasumber pendapatan tetap.

Mungkin ada yang mengharapkan simpanan KWSP RM200,000-RM500,000 itu cukup untuk menangung sisa-sia hidup itu. Ada yang mungkin baru nak memulakan perniagaan untuk teruskan survival hidup. Ada yang fikir mahu bergantung dan menumpang hidup anak-anak, bila hakikatnya layanan kita pada ibu-bapa sekarang pun tidaklah hebat mana pun.

Pengiraan mudah.

Jika komitmen kita hari ini adalah RM3,000 sebulan untuk meneruskan kelangsungan hidup, maka selama 20 tahun kita perlukan RM720,000.

Ya, RM720,000 pada usia kita 55 tahun bagi menjamin survival kehidupan masa tua. Itu belum lagi dicampur 5-6% inflasi, kenaikan harga barang dan yang paling tinggi adalah peningkatan kos perubatan.

RM3,000 mungkin tak tahan lama dalam poket kita hari ini, tapi RM300 pada 50 tahun lepas sudah boleh beli sebidang tanah di kampung. Ini yang saya maksudkan mengenai inflasi. Suatu pengecutan NILAI dalam matawang.

Lazimnya usia tua kita mahu dihabiskan dengan tenang, santai dan lebih masa untuk beribadah kepada Allah. Tapi semua ini bakal mustahil jika kita tidak mulakan perancangan kewangan dari sekarang.

Purata dividen diberikan KWSP kepada pencarum berlegar sekitar 5-7% setahun dan memang tak akan cukup untuk mencapai sasaran pelan persaraan. Maka unit trust/ unit amanah adalah cara terbaik meningkatkan nilai wang KWSP supaya kita dapat bersara bahagia.

Kenanga Investors menawarkan skim persaraan yang bakal menjamin persaraan bahagia untuk anda. Anda boleh mengeluarkan sebahagian caruman dalam AKAUN 1 dan dilaburkan dalam dana-dana patuh syariah Kenanga Investor setiap 3 bulan. Caranya sangat mudah. Bawa saja penyata terkini untuk saya semak dan dari pengiraan nanti kita boleh tentukan berapa jumlah wang yang boleh dilaburkan.

Prestasi dana dalam Kenanga Investors sangat cemerlang, dengan 20% keuntungan bagi tahun 2013 sahaja. Bayangkan jika prestasi ini berterusan atau lebih baik lagi, maka anda akan dapat mensasarkan dana persaraan RM1 juta bila menginjak usia 55 tahun.

Amat rugi jika anda tidak manfaatkan kelebihan dan kelonggaran yang diberikan oleh KWSP untuk kebaikan diri sendiri juga, kerana kadar keuntungan pencarum yang melabur dalam unit amanah adalah amat ketara berbanding mereka yang selesa wang tersebut berada dalam dana KWSP.

Ayuh, kita sama-sama bersara bahagia tanpa memikirkan masalah kewangan.


Hubungi saya, Zunaidi di 0111-5484137.

Unit Trust and Takaful Consultant
3 Julai 2014 / Seri Kembangan, Selangor

0 ulasan:

Catat Ulasan