Recent Posts

Jumaat, 17 Jun 2016

Kesedaran Bertakaful





Salam pagi Jumaat. Dah lost count dah berapa hari puasa arini.

Berapa Ramadhan dah eh harini? Btw hari ni memang cuaca sangat sejuk dan confirm ramai bikers kat luar sana kesejukan mengharung hujan nk ke tempat kerja.

Nak share sikit sebenarnya. Dari kalangan rakyat kita yang 30 juta orang ini, hanya 15% sahaja yang ada kesedaran mengenai takaful. Lagi 85% sama ada kanak-kanak atau orang tua dan bakinya mereka yang bekerjaya tetapi belum lagi memiliki perlindungan takaful.

Orang tak ambil takaful sebab mereka belum sedar apa pentingnya memiliki takaful. Ada yang bagi alasan tidak minat dan sebagainya. Pokok pangkalnya jika kita dapat faham, maka tak akan timbul persoalan tak minat, tak cukup duit dan sebagainya.

Daripada 15% itu pula, agak-agak berapa % pula yang under cover? Maksud under cover adalah apabila terjadinya musibah, polisi mereka tak dapat untuk menyelesaikan masalah musibah itu.

Ada peluang lagi, saya kembali berceloteh ya.

Ahmad Zunaidi
0123934137
MAA Takaful Berhad

0 ulasan:

Catat Ulasan