Recent Posts

Isnin, 7 Julai 2014

Mengenai Fund Fact Sheet

Ada satu dokumen dalam industry pelaburan unit amanah yang jika difahamkan, boleh menjadi tanda aras sesuai sebelum pelaburan dimulakan.

Dokumen ini dinamakan Fund Fact Sheet dan boleh didapati secara online oleh sesiapa sahaja melalui laman web rasmi syarikat unit trust terbabit. Senang cerita, jika ingin tahu prestasi lepas fund daripada Public Mutual, boleh terus ke laman web Public Mutual dan begitu juga dengan Kenanga Investors.

Post ini akan memberitahu serba ringkas cara membaca Fund Fact Sheet secara mudah, tanpa perlu pemahaman detail akan istilah-istilah jargon yang lain.


Contoh Fund Fact Sheet daripada Kenanga Investors


1.     Left side, top – Fund Objective



Semua dana-dana dalam Malaysia hingga satu dunia akan bagi tahu sebab apa dia ditubuhkan. Sebab itulah amat penting untuk kita sendiri ada objektif pelaburan dan tengok sama ada matlamat kita dan matlamat funs boleh shati sejiwa atau tidak.

Dalam contoh di atas dia aim pada long term, maksudnya untuk pelaburan lebih daripada 3 tahun, sebab fund ini adalah fund jenis equity.

2.     Left side, bottom – Fund Size, Distribution History, Historical Fund Price



Fund size tu maksudnya jumlah dana yang dilaburkan oleh semuar orang, baik orang perseorangan atau syarikat ke dalam fund ini. NAV (Nett Asset Value) adalah harga seunit saham, setakat data 31 May 2014 (perhatikan tarikh pada bahagian paling atas, kiri)

Distribution history – orang biasa panggil dividen. Menunjukkan jumpah agihan 3 tahun terkebelakang daripada fund kepada semua pemegang unit.

Historical Fund Price – menunjukkan harga paling rendah dan paling tinggi seunit saham sepanjang kewujudan fund ini.

3.     Right side, top – Fund Performance, Cumulative Fund Performance (%) dan Calendar Year Performance



Fund Perormance – menunjukkan naik turun harga seunit saham daripada tahun mula pwnubuhan fund ini. Dalam contoh ini, dari tahun 2002 hingga May 2014, berbandingFTSE Bursa Malaysia Shariah yang digunakan sebagai penanda aras prestasi fund. Perhatikan fund ini menunjukkan pertumbuhan sebanya 335.01%.

Cumulative Fund Performance – menunjukkan peratusan kenaikan harga seunit saham  untuk 1 bulan, 6 bulan, setahun, 3 tahun terkebelakang.

Contoh: Para pelabur yang melabur dalam fund ini 3 tahun lalu sudah menikmati keuntungan seunit saham sebanyak 53.19 %.

Calendar Year Performance – prestasi tahunan harga seunit saham untuk tahun-tahun tertentu.

4.     Right side, bottom – Top Equity Holdings



Merupakan satu senarai utama pelaburan unit amanah dalam syarikat-syarikat blue chip yang dipilih oleh fund manager. Hanya dengan pelaburan dalam unit trust kita secara tidak langsung dapat melabur dalam TNB, telekom Malaysia, Petronas dan yang lain-lain, dengan hanya serendah RM100.




Gambar ini adalah kesinambungan pari Page 1 tadi, yang menunjukkan peratusan asset & sector allocation untuk 3 bulan terkebelakang. Inilah konsep ‘diversification’ yang pernah saya senaraikan sebagai salah satu ciri baik pelaburan unit amanah, seperti pepatah ‘ Don’t put all the eggs in one basket’

Jatuh basket tu, habis pecah semua telur, jadilah tidak bertelur.

Yang masih keliru mungkin boleh call saya (011-15484137), atau email saya (zunaidi.ahmad@gmail.com) untuk penerangan lebih lanjut.

Fund Fact Sheet untuk Kenanga Investors Berhad boleh di muat turun di sini.



0 ulasan:

Catat Ulasan