Anologi mudah mengenai
keperluan Basic Sum Covered & Riders dalam takaful.
Ramai orang keliru,
termasuklah yang sudah memiliki polisi, akan content dalam buku polisi
masing-masing.
Anologi mudahnya begini. Tiba
waktu lunch hour dan anda bergegas ke kafe untuk makan tengah hari. Biasanya
nasi campur lah. Anda akan ambil:
1. Nasi
Nasi makanan ruji orang kita.
Tanpa nasi, lunch tidak sempurna. Dalam takaful, nasi adalah basic sum covered.
Life policy. Takaful hayat. Anda meninggal atau hilang upaya kekal, sejumlah
wang yang situlis dalam polisi anda, dihibahkan kepada penama. Pastikan hibah
dan bukan wasi. Hibah boleh kepada sesiapa pun. Letak nama saya sekali pun tak
pe.
2. Ayam/ Daging/ Ikan
Ini bahagian lauk. 3 jenis
lauk ni biasanya menjadi pilihan. Ia berada di ranking pertama dalam carta
lauk-pauk yang wajib ada dalam hidangan makan tengah hari. Lauk pertama ini,
dipanggil medical card/ kad perubatan. Kad perubatan berfungsi membayar bil perubatan
untuk kemasukan ke hospital. Ianya penting kerana bil hospital bukannya kecil,
lebih-lebih lagi di hospital swasta. Jarang pemegang kad perubatan mendapatkan
rawatan di hospital kerajaan.
3. Sayur-sayuran
Sayur-sayuran pelbagai jenis.
Ada sawi, tauge, kailan ikan masin dan lain-lain. Sayur-sayuran ini pun ada
ranking mengikut favourite kita. Ada sukakan sawi. Lantas dia ambil sawi lebih
berbanding tauge. Dalam takaful, ini adalah pampasan yang lainnya. Seperti
pampasan untuk sakit kritikal, Personal Accident dan lain-lainnya.
4. Sambal belacan/ budu/
tempoyak
Ini kecil, kurang penting.
Kalau ada, sedap. Kalu tak ada, xde masalah. Perut masih kenyang. Ini adalah
investment/ savings. Ia nya paling tidak penting dalam takaful. Tujuan takaful
adalah untuk perlindungan. Tujuan makan tengah hari adalah untuk kenyang. Makan
hidangan tadi tanpa belacan masih lagi membuatkan perut kenyang.
Tujuan saya tulis ini adalah
untuk menggambarkan kepentingan setiap polisi dalam perlindungan lengkap
takaful. Ramai orang mengutamakan lauk ayam/daging/ ikan terlebih dahulu
tapi terlepas pandang untuk melengkapkan keperluan nasi.
Nasi tadi boleh dibeli
serendah RM50 sepolisi. Boleh cover RM100,000 jika anda berusia 20-30 tahun.
Siap tapau dengan sambal belacan.
Lauk ayam/daging/ikan tadi
boleh tapau berasingan juga.Untuk anak-anak 6-16 tahun, caruman sebulan hanya
RM45++ untuk coverage RM50,000 setahun, board room RM150 semalaman. Bil
perubatan hospital ditanggung 1005, tanpa ko-takaful.
Sayur-sayuran pun boleh
ditapau berasingan. Polisi Personal Accident untuk mereka yang berusia 21-29
tahun baru berharga RM21 sebulan.
Nak tapau semua pun boleh.
Pokok pangkalnya kena tahu sebab mencarum di takaful supaya boleh menghadirkan
faham.
Hubungi saya untuk sebarang
pertanyaan di Zurich Takaful Malaysia Berhad.
P/S: Saya bukan dietian atau
doktor. Jangan argue cakap nasi tak mengenyangkan etc. Saya surrender. Hehe.
Ahmad Zunaidi
0123934137
Zurich Takaful Malaysia Berhad
(formely known as MAA Takaful Berhad)
0 ulasan:
Catat Ulasan