Tahukah anda sebahagian Akaun 1 KWSP anda boleh dikeluarkan untuk
dilaburkan di tempat yang lebih baik?
Tahukah anda pengeluaran untuk pembelian rumah, sambung belajar,
pembiayaan perubatan adalah dengan menggunakan Akaun 2 dan bukannya Akaun 1
KWSP?
Tahukah anda, pengeluaran Akaun 1 KWSP hanya untuk pelaburan di unit
amanah?
Jika anda tidak atau belum tahu, saya harap selepas membaca post ini,
anda sudah mendapat maklum bahawa sebahagian jumlah Akaun 1 KWSP anda boleh
dikeluarkan bagi tujuan pelaburan unit amanah.
Kenapa Unit Amanah?
Pertama sekali mungkin anda boleh bertanya diri sendiri kenapa KWSP
membenarkan sebahagian amaun Akaun 1 KWSP dikeluarkan bagi pelaburan tambahan
di unit amanah.
1. Pelaburan unit
amanah bersifat jangka sederhana – jangka panjang. Sesuai dengan portfolio KWSP
yang tidak membenarkan ahli menggunakan wang simpanan Akaun 1 sehingga berusia
55 tahun.
2. Pelaburan unit
amanah lebih menguntungkan.
3. KWSP hanya
membenarkan pelaburan yang berlegar sekitar Negara sahaja. Tidak dibenarkan
pelaburan unit amanah yang membuat pelaburan selain dari Malaysia.
4. Ahli mempunyai
pilihan untuk melabur dalam unit amanah patuh Shariah.
Apa yang KWSP tawarkan?
Sedari 1952, KWSP menawarkan dividen tertinggi sebanyak 8.5% pada tahun
1983-1987. Pun begitu, 5 tahun terkebelakang, dividen KWSP berlegar sekita 5-6%
sahaja.
Apa yang Kenanga Investors Berhad tawarkan menerusi Kenanga Shariah
Growth Fund (KSGF)?
1. Pulangan 25.56%
untuk 10 tahun terkebelakang (2003-2013), berdasarkan rekod lampau
2. Pulangan ini boleh
juga meningkat dan juga menurun.
3. Secara keseluruhan,
KSGF menawarkan pulangan yang lebih berbanding jika terus disimpan di KWSP.
4. Kenanga Investors
Berhad adalah pengendali unit amanah yang diiktiraf oleh KWSP.
Anugerah diterima oleh KSGF
Bagaimana untuk sertai pelaburan?
1. Dapatkan jumlah
akaun 1 beserta nombor akaun KWSP. Jika anda pernah mendaftar dengan system
iAccount KWSP, log in sahaja di https://secure.kwsp.gov.my/secured/member/login/
2. Emailkan pada saya
butiran berikut (zunaidi.ahmad@gmail.com)
a. No. IC
b. Jumlah Akaun 1
c. Alamat Terkini
d. No telefon untuk
dihubungi
3. Saya akan hubungi
anda untuk meneruskan pelaburan. Anda tidak perlu ke KWSP melainkan jika anda
tidak pernah mendaftar untuk aplikasi iAccount.
Ahmad Zunaidi Zulkipele
Kenanga Investors Berhad
Advisor
0 ulasan:
Catat Ulasan