PERKONGSIAN PENGURUSAN KEWANGAN
Assalamualaikum.
Lama saya tak update. Agak sibuk menguruskan temujanji Adif dengan doctor
di PPUM. Sesi fisioterapinya mesti diteruskan. Tambah pula dengan cuti berderet
3 hari kerana sambutan hari kemerdekaan Negara ke 37.
Saya kena mengaku bahawa saya bukanlah perancang kewangan yang baik. Azam
2014 ini antaranya adalah untuk memantapkan ilmu mengenai pengurusan kewangan
yang lebih baik bagi menambah nilai pada diri sendir dan keluarga yang
terutamanya. Ini jugalah antara sebabnya saya cuba terjun dalam bidang takaful
dan unit amanah. Selama ini asyik pening-pening orang cerita mengenai
terma-terma dan syarat dalam insurans dan takaful yang memeningkan saya, Alhamdulillah
sekarang rasa jahil itu sudahpun digantikan dengan ilmu.
Hasil latihan melalui bagi menghadapi ujian dan juga latihan dari agency
(agency sentiasa bagi latihan dan tambaada sedikit sebanyak ilmu yang saya
dapat yang saya suka untuk kongsikan dengan setiap prospek dan klien saya.
Pun begitu, yang saya ingin kongsikan di bawah ini adalah antara tip-tip
yang boleh dipraktikkan bagi pengurusan kewangan diri terbaik yang boleh
dijadikan pedoman dan panduan.
Bayar diri
sendiri dahulu / Pay yourself first!
Dapat gaji terus bayar diri sendiri dulu. Elakkan berbelanja dahulu dan
menunggu jika ada duit lebih untuk membayar diri sendiri. Bayaran kepada diri
sendiri ini termasuklah simpanan tetap bulanan, regular investment dan juga
yang paling penting adalah sumbangan takaful bulanan. Ini yang paling penting.
Lari
jauh-jauh dari kad kredit
Saya pasti yang pernah ada kad kredit pernah merasa peritnya berhutang
dengan kad dredit. Nasihat saya bila ada orang yang promosikan privilege kad
kredit, lari jauh-jauh dan usah lagi menoleh ke belakang. Anda baru sahaja
berbuat baik kepada diri sendiri. Usah terjebak dengan 0% easy payment scheme
dan segala yang berkaitan dengannya. Gantikan kad dredit dengan kad debit.
Gunakan
tunai
Sangat berkait dengan point nombor 2 tadi. Emosinya berbeza bila
berbelanja menggunakan kredit berbanding debit. RM200 itu terasa besar apabila
dibayar dengan 4 keping note RM50 tetapi sangatlah kecil nilainya apabila hanya
perlu dibayar dengan sekadar swipe dan tanda tangan.
Langsaikan
hutang sedikit demi sedikit.
Cuba selesaikan hutang yang paling sedikit. Gunakan sebarang kenaikan
gaji atau duit bonus untuk tutup hutang tersebut. Elakkan Easy RHB dan juga
Court Mammoth. Motivasinya besar apabila kita sudah Berjaya langsaikan hutang
kecil dan seterusnya moving forward untuk turut sama melangsaikan hutang yang
lebih besar.
Tukar liquid
cash kepada asset
Cash yang tinggi adalah bagus tetapi terlalu banyak cash bukanlah
sesuatu yang bagus kerana wang tunai itu tidaklah lebih dari sekeping kertas
dan tidaklah pula kalis dek inflasi. Nilainya makin menyusut. Tukarkan nilaian
tunai tersebut dengan pembelian asset seperti rumah dan emas yang lebih kalis
inflasi. Memanglah kita terpaksa pula berhutang untuk pembelian asset sebegini
tetapi ini adalah hutang yang baik yang memaksa kita untuk menjadi lebih kaya. Panjangkan
tempoh penjaman selama boleh bagi pengurusan cash flow yang lebih baik. Jika
ada rezeki dalam bidang sewaan properties, beli rumah atau kedai tersebut dan
sewakan.
Jangan beli
apa yang bukan keperluan
Ada garisan pemisah yang besar antara keperluan dan juga kehendak. Jika semua
orang pandai membezakan antara dua ini, ramai orang akanlebih bahagia hidup di
bawah kemampuan, dan bukannya hidup mengikut kemampuan. Jika ramai sedar bahawa
handphone RM300 juga boleh berfungsi sebaik yang berharga RM2,000 insyaallah
hidup lebih bahagia. Hilangnya handphone mudah dicari ganti dan tidur lebih lena
di malam hari.
Inilah sebanyak mungkin perkongsian saya hari ini. Saya juga pelajar
seperti anda dan bukannya pakar dalam apa-apa bidang pun. Cuma apa yang boleh
dikongsi, saya kongsi. Pengurusan kewangan yang baik amat berkait rapat dengan
EMOSI, baik emosi orang yang mahu menguruskan kewangan mahupun orang yang
terlibat secara langsung dengan aktiviti pengurusan kewangan yang dilakukannya.
Maka semua pihak, dan bukan hanya pengurus kewangan terbabit sahaja tetapi
semua yang terlibat dan menerima kesan dengan langkah pengurusan tersebut untuk
bersama-sama menimba ilmu dan mencari faham bagi menidakkan kejahilan
bertahun-tahun itu.
Matlamat saya hanya untuk mencari hidup bebas hutang dengan dapat
menjadi ayah full time pada anak-anak saya.
Insyaallah, doakan.
Jika ada manfaat, sila-silakanlah share.
0 ulasan:
Catat Ulasan