Recent Posts

Rabu, 17 Disember 2014

Sahabat

Mencari Sahabat

 

Ramai mencari sahabat.

 

Yang boleh berdiri sama tinggi dengan kita, dan duduk sama rendah.

 

Yang boleh berkongsi suka dan duka. Yang menghulurkan tangan dikala semuanya menjauhkan diri.

 

Malangnya tak ramai yang ada.

 

Boleh tidak kita bantu ‘sahabat’ kita?

 

Seperti mana kita harapkan mereka membantu kita?

 

Kenapa? Ada keraguankah pada diri sendiri untuk membantu?

 

Di kala kita sakit, takaful yang membantu kita menyelesaikan semua bil hospital.

 

Di kala kita sangat memerlukan rawatan dan tidak lagi mampu menunggu, takaful membantu kita mendapatkan rawatan terbaik yang ada.

 

Di waktu kita dilanda musibah, takaful yang membantu.

 

Di kala kita mati, takaful membantu menyelesaikan hutang-hutang duniawi kita.

 

Takaful membantu memberi pakai makan kepada keluarga yang kita tinggalkan, selama mana yang kita inginkan.

 

Malah takaful yang menamin badal haji untuk kita.

 

Mana Ali, mana Kamal?

 

Mana mereka yang dulunya mengeteh sekali di Pelita? Di Subaidah?

 

Mana mereka yang dulu bersorak sama bila Harimau Malaya menerkam?

 

Anak kita lapar.

 

Isteri kita kusut.

 

Manakala kita telah pun pergi.

 

Berkawanlah dengan takaful.

 

Kalaupun masalah itu tidak selesai

 

Setidaknya bebanan sudah berkurang

 

Bahu sudah kurang peritnya menggalas.

 

0 ulasan:

Catat Ulasan