Recent Posts

Rabu, 25 Februari 2015

Azam 2015

Azam 2015.

 

Bulan kedua dalam 2015 sudah makin hampir ke penghujungnya. Matlamat 2015 sebenarnya belum lagi ditetapkan. Mungkin kerana kebanyakan tahun pun, tak pernah tercapai azam-azam syok sendiri tersebut. Gagal untuk check, dan re-check dari semasa ke semasa menjadi salah satu factor agaknya.

 

Baik, so here it goes.

 

Apa yang aku nak dan perlu capai sepanjang 2015.

 

Office Career wise – as QS

1.       Dah kerja sebagai QS/ juruukur bahan sejak 2007. Penat, bosan, stress semua ada. Tahun ni berazam untuk pecat boss sendiri and manage my own life. Rasanya life is too short untuk ikut segala bagai telunjuk manusia.

 

UTC Career bersama Kenanga Investors Berhad

1.       Tahun 2015 ini insyallah cari seberapa ramai client. Bina relationship and good rapport dengan client and harapnya boleh tambahkan client melalui referral. Insyaallah will review balik Jun 2015.

2.       Figure based, saya perlukan at least RM4,000 constant income daripada service unit amanah. Moga-moga Allah mudahkan usaha. Banyak juga tapi mudah-mudahan Allah mudahkan.

 

Takaful Career bersama MAA Takaful

1.       Insyaallah, rasanya sepanjang 2015 tak ada masalah untuk achieve paling tidak RM1,000 sebulan sebagai passive income.

 

Overall saya mahu bergerak sendiri. Bermula dengan financial services seperti ini, seterusnya setup offline business by way of opening stores, kedai etc. Seterusnya cari properties untuk teruskan perniagaan homestay, Insyaallah.

 

Yang penting yang saya cari adalah masa. Masa untuk bersama keluarga. Kalau uruskan perniagaan, diuruskan bersama keluara. Masa supaya anak-anak membesar sebagaimana aku membesar.

 

Orang dulu-dulu, mak sentiasa ada di rumah. Mak yang jaga makan pakai. Tak terbiar macam budak-budak sekarang. Membesar di rumah pengasuh. Waktu malam baru sampai di rumah. Parent dah penat, too much work di pejabat dan baliik rumah terpaksa layan anak-anak.

 

Harapnya, perlahan-lahan nak ubah semua ni. Nak bangun pagi-pagi bersemangat. Nak bangun pagi-pagi berjemaah di surau. Ini impian sebenarnya.

 

Impian anak muda di kota.

 

Doakan.

 

 

 

 

0 ulasan:

Catat Ulasan