Recent Posts

Selasa, 24 Februari 2015

Simpanan KWSP Tak Cukup!

JANGAN BERGANTUNG KEPADA SIMPANAN KWSP SHJ UNTUK PERSARAAN ANDA

Simpanan KWSP sahaja tidak mencukupi untuk membiayai kehidupan persaraan. Buktinya seperti statistic KWSP tahun 2013 di bawah:

1.     69% ahli mempunyai simpanan RM50,000 dan ke bawah
2.     54% ahli mempunyai simpanan RM20,000 dan ke bawah
3.     31% ahli yang masih bekerja pada umur 54 tahun.

Jangka hayat penduduk Malaysia telah meningkat kepada 75 tahun. Ini bermakna simpanan KWSP perlu bertahan selama 20 tahun lagi selepas bersara. Namun atas pelbagai factor seperti gaji rendah dan bersara awal telah menyebabkan simpanan KWSP tidak mencukupi dan habis dalam tempoh yang singkat.

Ingat! Apabila anda bersara anda tidak akan lagi menerima gaji bulanan, overtime atau bonus. Simpanan persaraan yang tidak cukup juga akan member kesan kepada anda (pesara) malah anda terpaksa pula memohon bantuan kewangan daripada keluarga untuk meneruskan kehidupan. Oleh itu, rancang dan mula menyimpan mulai sekarang agar anda tidak menyesal di kemudian hari.

Pelaburan di unit amanah yang berpotensi memberikan pulangan lebih tinggi adalah salah satu kaedah terbaik untuk memastikan anda mempunyai simpanan yang cukup ketika bersara. Lebih baik kerana simpanan di unit amanah hanya menggunakan sebahagian simpanan Akaun 1, dan tidak melibatkan sebarang tunai dari anda.

Berminat untuk bersara kaya?





Ahmad Zunaidi
0111.5484.137

Kenanga Investors Berhad

0 ulasan:

Catat Ulasan