Recent Posts

MAA TAKAFUL AND MEDICAL CARD

MALAYSIAN COMPANY FOR MALAYSIAN

MAXIMIZE YOUR RETURN IN EPF AND CASH

WORDS DOES NOT SELL. OUR PERFORMACE RECORDS IS.

LIPPER FUNDS AWARD 2014 WINNER

INVEST YOUR MONEY IN THE BEST FUND AWARD WINNER FOR 2014

PELAN PERSARAAN RM1 JUTA

KENANGA INVESTORS - PERFORMANCE 2013 - 20% RETURN AND PROFIT. INVEST WITH YOUR EPF ACCOUNT 1 WITH US!

MAA TAKAFUL DAN MEDICAL CARD

WHY PAY MORE FOR A MEDICAL CARD AND LIFE INSURANCE TAKAFUL? CONTACT ME FOR FREE QUOTATION AND CONSULTATION

Memaparkan catatan dengan label KWSP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KWSP. Papar semua catatan

Selasa, 10 Februari 2015

Pengeluaran Akaun 1 KWSP

Tahukah anda sebahagian Akaun 1 kwsp boleh dikeluarkan bagi tujuan pelaburan?

Pelaburan di Kenanga Investors Berhad memberikan purata pulangan 12-15%.

Sesiapa yang berminat untuk membuat pengeluaran bagi tujuan pelaburan,  dijemput untuk menghubungi saya segera.

Mereka yang berada di KL,  Selangor,  Kelantan &  Terengganu Dialu-alukan.

Mereka di negeri lain,  saya akan minta konsultan berhampiran untuk berhubung.

Ahmad Zunaidi
0111.5484.137

Rabu, 17 Disember 2014

Ruginya Tidak Pindahkan KWSP ke Unit Amanah

Saya rasa ada mood untuk menulis hari ini. Banyak kerja yang dah selesai dan saya fikir ada bagusnya saya kongsi satu dua pengetahuan yang saya ada mengenai pelaburan unit amanah dan KWSP.




Apa ruginya jika tidak menggunakan simpanan Akaun 1 KWSP untuk dilaburkan ke dalam unit amanah?




1.      Kerugian dari segi return/ pulangan.
a)      Pulangan KWSP hanyalah berlegar sekitar 4-6% sahaja setahun. Pulangan unit amanah pula berlegar sekitar 10-15% setahun. Pulangan tahunan Kenanga Syariah Growth Fund (KSGF) adalah 17% (data 2010-2013).
b)      Jika kita ambil 12% sebagai asas pengiraan, dan bandingkan dengan pulangan KWSP 6% setahun, anda sebenarnya ‘kehilangan’ 6% setahun dari segi pulangan, dan return ini pula di gandakan (compound interest).
c)      Contoh mudah – RM10,000 permulaan dan 6% setahun selama 10 tahun, pulangan total adalah RM17,908.
d)      Jumlah yang sama juga dengan pulangan 12% setahun memberikan pulangan sebanyak RM31,058. Perbezaan sebanyak RM13,150.
e)      Bayangkan yang dilaburkan itu bukannya RM10,000 tetapi RM100,000 atau lebih tinggi.


2.      Kerugian kerana tidak memanfaatkan dana sedia ada
a)      Anda sebenarnya melaburkan duit anda (yang hakikatnya belum lagi sempurna milik anda) yang memang dah ada di dalam KWSP. Anda tidak perlu mengeluarkan duit sesen pun untuk memulakan pelaburan unit amanah.
b)      Minimum pelaburan hanyalah RM1,000 dan wang yang dikeluarkan adalah dari Akaun 1, dan bukannya Akaun 2.
c)      Jika anda beralasan untuk menggunakan duit KWSP untuk membayar rumah, sambung belajar dan sebagainya, ketahuilah wang tersebut sebenarnya dikeluarkan dari Akaun 2 dan bukannya Akaun 1.
d)      Sebahagian Akaun 1 KWSP hanya boleh dikeluarkan bagi tujuan pelaburan unit amanah dan bukan bagi tujuan lain.
e)      Apa yang diperlukan adalah ‘mind set’ yang perlu ditukar dan cuba melihat peluang lain yang boleh diteroka bagi manfaat hari persaraan anda juga.



3.      Pematuhan Syariah sepenuhnya
a)      Dana unit amanah ada yang ditawarkan secara konvensional dan ada juga patuh syariah.
b)      KSGF adalah dana patuh syariah 100% dengan diawasi panel syariah berkecuali yang dilantik.
c)      Patuh syariah sesuatu dana bukan sahaja bergantung pada kaunter mana wang anda dilaburkan (tidak dibolehkan melabur di kaunter syarikat arak, perjudiaan dan sebagainya), tetapi juga bergantung pada tiadanya unsure penganaiayaan baik pada operator (syarikat pengurusan dana unit amanah seperti Kenanga Investors Berhad) mahupun pada pelabur itu sendiri anda).
d)      KWSP adalah tidak patuh syariah.
e)      Mengikut Dr Zaharudin, simpanan dalam KWSP perlu dibersihkan sebelum boleh digunakan.Sifirnya begini.
f)       Anda menyimpan setiap bulan di KWSP dan pada umur anda 55 tahun, simpanan anda berjumlah RM500,000.
g)      65% adalah dari sumber halal (simpanan asas anda + majikan). Jadinya RM325,000 adalah boleh digunakan.
h)      Bakinya 35% itu perlu dibersihkan.
a.      70% daripada 35% perlu dibersihkan. 70% x (35% x 500,000) = RM122,500.
b.      Jadinya duit halal yang boleh digunakan adalah RM325,000 + RM52,500 = RM377,500.
c.       RM122,500 perlu disedekahkan kepada orang lain yang bukan dalam tanggungan anda.
i)        Pengiraan diatas adalah hasil perkongsian Dr Zaharudin daripada analisa dan kajian yang dilakukan beliau.
j)        Wang RM377,500 itu perlu perlulah dizakatkan sebanyak 2.5%, dan bakinya adalah hak milik anda.
k)      Pelaburan dalam KWSP mengurangkan wang yang perlu dibersihkan sebegini.



4.      Kerugian Menimba Ilmu Baru
a)      Anda tak pernah tahu, atau mungkin sebelum ini kurang faham dengan selok-belok pelaburan unit amanah.
b)      Perbincangan/ pertemuan dua mata antara saya dan anda bakal memberikan ilmu baru mengenai pengurusan kewangan dan juga cara pelaburan ini dilakukan.
c)      Lagi banyak kawan yang anda bawa ketika kita bertemu, lebih banyak soalan yang boleh diutarakan dan lebih banyak yang saya boleh jawab.


Melaburlah. Saya hanya perlukan salinan kad pengenalan anda, jumlah Akaun 1 KWSP dan juga nombor ahli KWSP anda.

Tidaklah susah mana untuk menjadi lebih bijak.

Untuk dana persaraan anda juga.



Ahmad Zunaidi bin Zulkipele
01115484137


Seri Kembangan, 17/12/2014.

Selasa, 16 Disember 2014

Prestasi Amanah Saham di Kenanga Investors Berhad - November 2014

Assalamualaikum

Kenanga Syariah Growth Fund (KSGF) adalah fund yang saya suka recommend untuk kawan-kawan Muslim dan juga non-Muslim selain daripada Kenanga Growth Fund (KGF). KGF adalah dana konvensional dan tidak patuh syariah.

Harga seunit saham KSGF menurun bagi bulan Oktober (refer gambar dan graf) dan saya rasa akan terus turun setidaknya sehingga January 2015 sebelum kembali melonjak  suku kedua tahun depan. Pada saya ia berkait rapat dengan nilai RM yang melemah.

Harga yang rendah atau murah ini adalah masa sangat sesuai untuk memulakan pelaburan atau menambah pelaburan kerana lebih unit boleh dibeli.

RM1,000 dengan harga RM2 seunit membolehkan 500 unit dibeli.

RM1,000 dengan harga RM1.50 seunit membolehkan 666 unit dibeli.

Unit-unit dibeli ini akan terus diniagakan dan akan sentiasa naik dari tahun ke tahun.


Kenaikan ini dibuktikan dengan gambar tersebut. Perhatikan harga semasa 2009 dan 2014. Kenaikan sebanyak 123%.

Melabur segera dan jangan lepaskan peluang harga tengah murah.

Ahmad Zunaidi Zulkipele
Kenanga Investors Berhad
01115484137



Selasa, 7 Oktober 2014

Tahukah anda sebahagian Akaun 1 KWSP anda boleh dikeluarkan untuk dilaburkan di tempat yang lebih baik?


Tahukah anda sebahagian Akaun 1 KWSP anda boleh dikeluarkan untuk dilaburkan di tempat yang lebih baik?


Tahukah anda pengeluaran untuk pembelian rumah, sambung belajar, pembiayaan perubatan adalah dengan menggunakan Akaun 2 dan bukannya Akaun 1 KWSP?
Tahukah anda, pengeluaran Akaun 1 KWSP hanya untuk pelaburan di unit amanah?
Jika anda tidak atau belum tahu, saya harap selepas membaca post ini, anda sudah mendapat maklum bahawa sebahagian jumlah Akaun 1 KWSP anda boleh dikeluarkan bagi tujuan pelaburan unit amanah.












Kenapa Unit Amanah?

Pertama sekali mungkin anda boleh bertanya diri sendiri kenapa KWSP membenarkan sebahagian amaun Akaun 1 KWSP dikeluarkan bagi pelaburan tambahan di unit amanah.
1.     Pelaburan unit amanah bersifat jangka sederhana – jangka panjang. Sesuai dengan portfolio KWSP yang tidak membenarkan ahli menggunakan wang simpanan Akaun 1 sehingga berusia 55 tahun.
2.     Pelaburan unit amanah lebih menguntungkan.
3.     KWSP hanya membenarkan pelaburan yang berlegar sekitar Negara sahaja. Tidak dibenarkan pelaburan unit amanah yang membuat pelaburan selain dari Malaysia.
4.     Ahli mempunyai pilihan untuk melabur dalam unit amanah patuh Shariah.


Apa yang KWSP tawarkan?

Sedari 1952, KWSP menawarkan dividen tertinggi sebanyak 8.5% pada tahun 1983-1987. Pun begitu, 5 tahun terkebelakang, dividen KWSP berlegar sekita 5-6% sahaja.
































Apa yang Kenanga Investors Berhad tawarkan menerusi Kenanga Shariah Growth Fund (KSGF)?





1.     Pulangan 25.56% untuk 10 tahun terkebelakang (2003-2013), berdasarkan rekod lampau
2.     Pulangan ini boleh juga meningkat dan juga menurun.
3.     Secara keseluruhan, KSGF menawarkan pulangan yang lebih berbanding jika terus disimpan di KWSP.
4.     Kenanga Investors Berhad adalah pengendali unit amanah yang diiktiraf oleh KWSP.


Anugerah diterima oleh KSGF






Bagaimana untuk sertai pelaburan?
1.     Dapatkan jumlah akaun 1 beserta nombor akaun KWSP. Jika anda pernah mendaftar dengan system iAccount KWSP, log in sahaja di https://secure.kwsp.gov.my/secured/member/login/
2.     Emailkan pada saya butiran berikut (zunaidi.ahmad@gmail.com)
a.     No. IC
b.     Jumlah Akaun 1
c.     Alamat Terkini
d.     No telefon untuk dihubungi
3.     Saya akan hubungi anda untuk meneruskan pelaburan. Anda tidak perlu ke KWSP melainkan jika anda tidak pernah mendaftar untuk aplikasi iAccount.

Ahmad Zunaidi Zulkipele
Kenanga Investors Berhad
Advisor



Jumaat, 19 September 2014

Kenanga Investors Berhad Won Recommended Unit Trust Award



We are proud to announce that 2 of Kenanga Investors Berhad’s funds won the Recommended Unit Trust Awards 2014/15 by Fundsupermart.com

Our Kenanga Growth Fund and Kenanga Syariah Growth Fund garnered recognition in the Core Equity - Malaysia and Core Equity - Malaysia (Islamic) categories respectively.


Only unit trusts with examplary track records make it into the FSM's Recommended Unit Trusts list.


Ilmu dan Unit Amanah

Ada teman sepejabat mengadu konsultant unit amanahnya dah lama tak update dia apa-apa status.

Adik ipar dia juga konsultantnya pun.


‘Agen akak dah lama tak update akak. Entah macam mana lah invest ari tu

Ada sampai statement tak tiap-tiap tahun?

Ada.

Then untung tak?

Entah. Tak ambil tahu pun.

Lor. Mesti untung tu. Then agent u ada educate tak pasal unit trust ni? Kenapa memula invest mungkin ada negative return bla la bla?

Tak ada pulak. Ha..tu lah..kenapa ada negative mula2 dulu eh? Dia pun takde nak update.

Haha. Akak tak mintak dia explain. Kalau akak faham pasal unit trust ni mesti akak tak mintak dia update 2-3 bulan sekali. Orang labur dalam ASB pun p jenguk setahun sekali je kak masa umum dividen.’

Kadang saya jumpa client yang banyak rasa ingin tahunya. Client macam ni saya suka nak educate sebab dia faham dan terbuka.

Kadang ada jugak yang tak mahu ambil tahu.

‘Alah u buat je Zunaidi. Saya tak ada masa nak ambil tahu sangat’

Client macam ni yang akan mula-mula melompat kalau ada economic downturn.

Aku senyum sendiri sudah. ;)

Owh ya, ada yang nak invest dalam Kenanga Investors Berhad? Return 2013 agak bagus, 20.51%.

Boleh invest sama ada cash, pengeluaran akaun 1 KWSP ataupun simpanan tetap setiap bulan.


Ahmad Zunaidi
Consultant
Kenanga Investors Berhad

01115484137

Rabu, 9 Julai 2014

Melabur Tanpa Modal

Melabur Tanpa Modal

Pelik bunyinya tapi anda memang boleh melabur tanpa modal. In fact, pelaburan pertama saya adalah tanpa modal. Saya dapat 23% return pada tahun pertama pelaburan saya. ;)

Pelaburan yang saya maksudkan adalah dengan menggunakan sebahagian akaun 1 KWSP untuk dilaburkan dalam amanah saham. Pengeluaran ini bukanlah bermaksud anda dapat cash, kemudian cash itu dibawa ke syarikat unit amanah. Tidak. Pengeluaran itu terjadi antara KWSP dengan syarikat unit amanah yang anda pilih, melalui beberapa borang yang perlu diisi apabila anda berjumpa dengan perunding unit amanah seperti saya.



Pelaburan ini hanya boleh dikeluarkan selepas pelabur berusia 55 tahun, selaras dengan peraturan KWSP.

Antara sebab kenapa pelaburan ini dibenarkan kerajaan adalah kerana pulangan dalam unit amanah yang lebih baik (12-15% setahun) berbanding dividen KWSP yang berlegar sekitar 4-6% setahun.

Dividen/ return berbeza ini amat member kesan kepada jumlah dana yang bakal anda ada untuk persaraan.



Sebagai contoh:

RM10,000 yang berada dalam KWSP, dengan pulangan 6% setahun selama 30 tahun akan bercambah menjadi RM57,434.91.

RM10,000 yang berada dalam Unit Amanah, dengan pulangan 13% setahun selama 30 tahun akan bercambah-cambah menjadi RM391,158.98.

Perbezaan sebanyak RM333,724.07 yang boleh merubah cara hidup anda di masa tua.

Jangan keliru dengan Akaun 1 dan Akaun 2 KWSP. Akaun 1 tidak dibenarkan sebarang pengeluaran kecuali dengan sebab pelaburan dan hanya boleh dikeluarkan selepas umur pencarum 55 tahun.

Akaun 2 pula dibenarkan pengeluaran atas banyak sebab, seperti pengeluaran untuk membeli rumah, sambung pelajaran, bil-bil perubatan dan sebagainya. Jumlah akaun 2 KWSP adalah 30% daripada keseluruhan jumlah simpanan yang anda.



Pengeluaran untuk pelaburan boleh dilakukan setiap 3 bulan sekali. Pengeluaran yang konsisten boleh menjamin hari persaraan yang lebih baik dan lebih bahagia.

Untuk melabur bersama Kenangan Investors Berhad, hubungi saya, Zunaidi di 01115484137 atau email zunaidi.ahmad@gmail.com.