Recent Posts

Rabu, 9 Julai 2014

Melabur Tanpa Modal

Melabur Tanpa Modal

Pelik bunyinya tapi anda memang boleh melabur tanpa modal. In fact, pelaburan pertama saya adalah tanpa modal. Saya dapat 23% return pada tahun pertama pelaburan saya. ;)

Pelaburan yang saya maksudkan adalah dengan menggunakan sebahagian akaun 1 KWSP untuk dilaburkan dalam amanah saham. Pengeluaran ini bukanlah bermaksud anda dapat cash, kemudian cash itu dibawa ke syarikat unit amanah. Tidak. Pengeluaran itu terjadi antara KWSP dengan syarikat unit amanah yang anda pilih, melalui beberapa borang yang perlu diisi apabila anda berjumpa dengan perunding unit amanah seperti saya.



Pelaburan ini hanya boleh dikeluarkan selepas pelabur berusia 55 tahun, selaras dengan peraturan KWSP.

Antara sebab kenapa pelaburan ini dibenarkan kerajaan adalah kerana pulangan dalam unit amanah yang lebih baik (12-15% setahun) berbanding dividen KWSP yang berlegar sekitar 4-6% setahun.

Dividen/ return berbeza ini amat member kesan kepada jumlah dana yang bakal anda ada untuk persaraan.



Sebagai contoh:

RM10,000 yang berada dalam KWSP, dengan pulangan 6% setahun selama 30 tahun akan bercambah menjadi RM57,434.91.

RM10,000 yang berada dalam Unit Amanah, dengan pulangan 13% setahun selama 30 tahun akan bercambah-cambah menjadi RM391,158.98.

Perbezaan sebanyak RM333,724.07 yang boleh merubah cara hidup anda di masa tua.

Jangan keliru dengan Akaun 1 dan Akaun 2 KWSP. Akaun 1 tidak dibenarkan sebarang pengeluaran kecuali dengan sebab pelaburan dan hanya boleh dikeluarkan selepas umur pencarum 55 tahun.

Akaun 2 pula dibenarkan pengeluaran atas banyak sebab, seperti pengeluaran untuk membeli rumah, sambung pelajaran, bil-bil perubatan dan sebagainya. Jumlah akaun 2 KWSP adalah 30% daripada keseluruhan jumlah simpanan yang anda.



Pengeluaran untuk pelaburan boleh dilakukan setiap 3 bulan sekali. Pengeluaran yang konsisten boleh menjamin hari persaraan yang lebih baik dan lebih bahagia.

Untuk melabur bersama Kenangan Investors Berhad, hubungi saya, Zunaidi di 01115484137 atau email zunaidi.ahmad@gmail.com.






0 ulasan:

Catat Ulasan