Recent Posts

MAA TAKAFUL AND MEDICAL CARD

MALAYSIAN COMPANY FOR MALAYSIAN

MAXIMIZE YOUR RETURN IN EPF AND CASH

WORDS DOES NOT SELL. OUR PERFORMACE RECORDS IS.

LIPPER FUNDS AWARD 2014 WINNER

INVEST YOUR MONEY IN THE BEST FUND AWARD WINNER FOR 2014

PELAN PERSARAAN RM1 JUTA

KENANGA INVESTORS - PERFORMANCE 2013 - 20% RETURN AND PROFIT. INVEST WITH YOUR EPF ACCOUNT 1 WITH US!

MAA TAKAFUL DAN MEDICAL CARD

WHY PAY MORE FOR A MEDICAL CARD AND LIFE INSURANCE TAKAFUL? CONTACT ME FOR FREE QUOTATION AND CONSULTATION

Memaparkan catatan dengan label SELF IMPROVEMENT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SELF IMPROVEMENT. Papar semua catatan

Rabu, 22 April 2015

Sesi Bersama Saya

Di MAA Takaful Berhad, kita tak ada pelan A, B atau C utk anda pilih.

Kami hanya ada plan yang direka utk keperluan anda.

1. Tentukan priority dalam pelan anda.
2. Bila priority sudah dikenal pasti, saya akan fikirkan satu plan yang bakal direka mengikut priority anda.
3. Jangan risau mengenai bajet. Bajet itu juga anda yang tentukan.

Kenapa masih bertangguh utk memiliki satu polisi aktif MAA Takaful?

Can we have a session?

Ahmad Zunaidi Bin Zulkipele
MAA Takaful Berhad
Kenanga Investors Berhad

Khamis, 15 Januari 2015

Seminar seminar seminar!

Alhamdulillah sempat booked satu seat utk seminar di bawah ni.

But time weekend, memang tak ganggu tugas hakiki di pejabat.

Insyaallah info yang dapat boleh sama-sama kongsi.

Rabu, 17 Disember 2014

Sahabat

Mencari Sahabat

 

Ramai mencari sahabat.

 

Yang boleh berdiri sama tinggi dengan kita, dan duduk sama rendah.

 

Yang boleh berkongsi suka dan duka. Yang menghulurkan tangan dikala semuanya menjauhkan diri.

 

Malangnya tak ramai yang ada.

 

Boleh tidak kita bantu ‘sahabat’ kita?

 

Seperti mana kita harapkan mereka membantu kita?

 

Kenapa? Ada keraguankah pada diri sendiri untuk membantu?

 

Di kala kita sakit, takaful yang membantu kita menyelesaikan semua bil hospital.

 

Di kala kita sangat memerlukan rawatan dan tidak lagi mampu menunggu, takaful membantu kita mendapatkan rawatan terbaik yang ada.

 

Di waktu kita dilanda musibah, takaful yang membantu.

 

Di kala kita mati, takaful membantu menyelesaikan hutang-hutang duniawi kita.

 

Takaful membantu memberi pakai makan kepada keluarga yang kita tinggalkan, selama mana yang kita inginkan.

 

Malah takaful yang menamin badal haji untuk kita.

 

Mana Ali, mana Kamal?

 

Mana mereka yang dulunya mengeteh sekali di Pelita? Di Subaidah?

 

Mana mereka yang dulu bersorak sama bila Harimau Malaya menerkam?

 

Anak kita lapar.

 

Isteri kita kusut.

 

Manakala kita telah pun pergi.

 

Berkawanlah dengan takaful.

 

Kalaupun masalah itu tidak selesai

 

Setidaknya bebanan sudah berkurang

 

Bahu sudah kurang peritnya menggalas.

 

Ruginya Tidak Pindahkan KWSP ke Unit Amanah

Saya rasa ada mood untuk menulis hari ini. Banyak kerja yang dah selesai dan saya fikir ada bagusnya saya kongsi satu dua pengetahuan yang saya ada mengenai pelaburan unit amanah dan KWSP.




Apa ruginya jika tidak menggunakan simpanan Akaun 1 KWSP untuk dilaburkan ke dalam unit amanah?




1.      Kerugian dari segi return/ pulangan.
a)      Pulangan KWSP hanyalah berlegar sekitar 4-6% sahaja setahun. Pulangan unit amanah pula berlegar sekitar 10-15% setahun. Pulangan tahunan Kenanga Syariah Growth Fund (KSGF) adalah 17% (data 2010-2013).
b)      Jika kita ambil 12% sebagai asas pengiraan, dan bandingkan dengan pulangan KWSP 6% setahun, anda sebenarnya ‘kehilangan’ 6% setahun dari segi pulangan, dan return ini pula di gandakan (compound interest).
c)      Contoh mudah – RM10,000 permulaan dan 6% setahun selama 10 tahun, pulangan total adalah RM17,908.
d)      Jumlah yang sama juga dengan pulangan 12% setahun memberikan pulangan sebanyak RM31,058. Perbezaan sebanyak RM13,150.
e)      Bayangkan yang dilaburkan itu bukannya RM10,000 tetapi RM100,000 atau lebih tinggi.


2.      Kerugian kerana tidak memanfaatkan dana sedia ada
a)      Anda sebenarnya melaburkan duit anda (yang hakikatnya belum lagi sempurna milik anda) yang memang dah ada di dalam KWSP. Anda tidak perlu mengeluarkan duit sesen pun untuk memulakan pelaburan unit amanah.
b)      Minimum pelaburan hanyalah RM1,000 dan wang yang dikeluarkan adalah dari Akaun 1, dan bukannya Akaun 2.
c)      Jika anda beralasan untuk menggunakan duit KWSP untuk membayar rumah, sambung belajar dan sebagainya, ketahuilah wang tersebut sebenarnya dikeluarkan dari Akaun 2 dan bukannya Akaun 1.
d)      Sebahagian Akaun 1 KWSP hanya boleh dikeluarkan bagi tujuan pelaburan unit amanah dan bukan bagi tujuan lain.
e)      Apa yang diperlukan adalah ‘mind set’ yang perlu ditukar dan cuba melihat peluang lain yang boleh diteroka bagi manfaat hari persaraan anda juga.



3.      Pematuhan Syariah sepenuhnya
a)      Dana unit amanah ada yang ditawarkan secara konvensional dan ada juga patuh syariah.
b)      KSGF adalah dana patuh syariah 100% dengan diawasi panel syariah berkecuali yang dilantik.
c)      Patuh syariah sesuatu dana bukan sahaja bergantung pada kaunter mana wang anda dilaburkan (tidak dibolehkan melabur di kaunter syarikat arak, perjudiaan dan sebagainya), tetapi juga bergantung pada tiadanya unsure penganaiayaan baik pada operator (syarikat pengurusan dana unit amanah seperti Kenanga Investors Berhad) mahupun pada pelabur itu sendiri anda).
d)      KWSP adalah tidak patuh syariah.
e)      Mengikut Dr Zaharudin, simpanan dalam KWSP perlu dibersihkan sebelum boleh digunakan.Sifirnya begini.
f)       Anda menyimpan setiap bulan di KWSP dan pada umur anda 55 tahun, simpanan anda berjumlah RM500,000.
g)      65% adalah dari sumber halal (simpanan asas anda + majikan). Jadinya RM325,000 adalah boleh digunakan.
h)      Bakinya 35% itu perlu dibersihkan.
a.      70% daripada 35% perlu dibersihkan. 70% x (35% x 500,000) = RM122,500.
b.      Jadinya duit halal yang boleh digunakan adalah RM325,000 + RM52,500 = RM377,500.
c.       RM122,500 perlu disedekahkan kepada orang lain yang bukan dalam tanggungan anda.
i)        Pengiraan diatas adalah hasil perkongsian Dr Zaharudin daripada analisa dan kajian yang dilakukan beliau.
j)        Wang RM377,500 itu perlu perlulah dizakatkan sebanyak 2.5%, dan bakinya adalah hak milik anda.
k)      Pelaburan dalam KWSP mengurangkan wang yang perlu dibersihkan sebegini.



4.      Kerugian Menimba Ilmu Baru
a)      Anda tak pernah tahu, atau mungkin sebelum ini kurang faham dengan selok-belok pelaburan unit amanah.
b)      Perbincangan/ pertemuan dua mata antara saya dan anda bakal memberikan ilmu baru mengenai pengurusan kewangan dan juga cara pelaburan ini dilakukan.
c)      Lagi banyak kawan yang anda bawa ketika kita bertemu, lebih banyak soalan yang boleh diutarakan dan lebih banyak yang saya boleh jawab.


Melaburlah. Saya hanya perlukan salinan kad pengenalan anda, jumlah Akaun 1 KWSP dan juga nombor ahli KWSP anda.

Tidaklah susah mana untuk menjadi lebih bijak.

Untuk dana persaraan anda juga.



Ahmad Zunaidi bin Zulkipele
01115484137


Seri Kembangan, 17/12/2014.

Rabu, 10 Disember 2014

Permata Tersembunyi

Permata Tersembunyi



1.  Kadang orang tanya saya, kenapa saya tak market produk dari syarikat A atau B, yang memang orang dah kenal, billboard merata-rata dan banyak sponsor rancangan TV dan macam-macam program lain lagi.

2. Pada saya syarikat ini memang bagus business model nya. Menekankan branding nya supaya konsultant macam saya ni lebih mudah buat kerja. Tak perlu penat-penat memperkenalkan syarikat yang saya wakili. Tak perlu bersusah payah meyakinkan bahawa wang pelaburan mereka ini akan berada di dalam dana yang diluluskan Security Commissioner dan syarikat juga diluluskan oleh FiMM atau MTA.

3. Tapi hakikatnya jika ilmu yang saya ada ini, 100% juga dimiliki oleh prospek saya, maka dia juga tidak akan memilih syarikat yang famous atau glamour tersebut. Prestasi dana (contohnya) boleh dibentangkan secara hitam putih dan dibuat bandingan ‘apple to apple’.

4. Begitu juga halnya dengan takaful. RM100 untuk benefit RM300,000 (contohnya) tentulah lebih murah jika dibandingkan dengan RM100 untuk benefit RM100,000.



5. Sifirnya mudah. Saya mencari nilai tambah yang boleh diberi pada prospek dan klient. Nilai tambah ini saya cari daripada syarikat yang saya wakili. Pada saya jika klient saya gembira, maka itu menjadi kepuasan pada saya.

6.  Mungkin sesetengah orang berasa puas jika konsultantnya menghadiahkan pelbagai cenderahati atapun diari menjelang tahun baru. Itu memang bagus. Saya juga praktikkan begitu. Tetapi mengambil contoh point No. 4 di atas, jika perbezaan RM200,000 itu boleh dikira sebagai hadiah, maka itulah hadiah saya kepada klient selain cenderahati lain yang saya sebutkan di atas.

Isnin, 8 Disember 2014

Stand alone Medical Card - MEDICA2015 daripada MAA

Salam pagi

Medical card dari MAA Takaful.

Benefit seperti dalam gambar.



Dari RM64 sebulan (lelaki, 22-39 years old).

NCD 20% untuk tahun kedua dan seterusnya.

Tak perlu bayar 10% ko-takaful.

Polisi boleh pos jika duk jauh.

PM or whatsapp 01115484137




















Ahmad Zunaidi bin Zulkipele
MAA Takaful Berhad
Sg Buloh, Selangor

08th December 2014

Sabtu, 6 Disember 2014

Polisi Pendidikan Anak di MAA Takaful

Assalamualaikum,

Gambar ilustrasi kos pendidikan hari ini dan 18 tahun terkehadapan.



Perkara hakikat yang saya perlu kongsikan.

1. Anak-anak kita akan sambung belajar melangkau pendidikan wajib iaitu setakat SPM/ 17 tahun.

2. Kos pendidikan tidak akan selamanya disubsidi. Kalaupun dengan subsidi, kos nya masih banyak. Lihat apa yang terjadi pada harga petrol hari ini?

3. Hakikatnya kita terpaksa juga menyimpan untuk keperluan pendidikan anak-anak. Ini hakikat.

4. Jika anak kita berusia 3 tahun sekarang, apa jaminan yang kita akan dapat menyimpan sekurang-kurangnya sehingga anak tadi berusia 18 tahun? Hakikat kematian dan sakit yang berlaku pada diri kita tidak akan diramal, lantas kita tidak akan dapat menjamin simpanan untuk anak-anak kita.

5. Ramai kalangan kita menyimpan di institusi perbankan tradisional, yang memberikan pulangan yang sedikit dan tidak pula meneruskan simpanan itu andai kita sakit ataupun meninggal.

Solusinya

1. Dapatkan polisi pendidikan anak-anak daripada mana-mana syarikat takaful.

2. Polisi mendidikan menjamin simpanan bulanan setiap bulan sehingga anak berusia 25 tahun.

3. Jika anda meninggal, ataupun isteri anda meninggal, ataupun ditakdirkan mengalami sakit-sakit kritikal yang memerlukan perbelanjaan yang buka sedikit, pihak takaful akan meneruskan sumbangan bulanan tersebut bagi tujuan pendidikan anak-ana anda.

4. Simpanan anak-anak anda terjamin dengan menabung di dalam takaful.

5. Polisi di MAA Takaful hanyalah serendah RM50 sahaja sebulan. Sangat murah dan mampu milik.

6. Paksa diri anda untuk mempunyai sekurangnya satu polisi pendidikan untuk anak anda.


Ahmad Zunaidi bin Zulkipele
MAA Takaful Berhad  
0111.5484.137

Rabu, 26 November 2014

Berholiday di Kundasang, Sabah.

Sekadar perkongsian, percutian di Kundasang, Sabah sekitar November 2014.
















Isnin, 3 November 2014


Contoh ilustrasi untuk pelan pendidikan anak-anak.

Ilustrasi ni untuk anak sulung saya sebenarnya. Bermula dengan RM50 saja dulu. Taka pa lah daripada tak bermula langsung. Tahun depan tambah lagi RM50 Insyaallah. Polisi matang pada usianya 25 tahun.

Saya target ada 3 polisi pendidikan untuk Akif supaya setidaknya ada RM30,000 dalam bentuk tunai untuk tujuan pendidikannya.

Paling utama, pihak takaful akan meneruskan sumbangan RM50 sebulan ini andai kata nyawa saya (atau isteri) pendek ataupun saya (atau isteri) ditimpah musibah kecacatan kekal.

Paling kurang simpanan pendidikannya terjamin.

Insentif untuk kecemerlangan akedemik juga disediakan takaful, tapi pada saya ia tidak begitu penting. Lebih penting adalah simpanan pendidikan itu ada walaupun saya dah tak ada.

Ada parents yang nak ikut jejak langkah saya dan isteri?

Kita bermula perlahan. It doesn’t matter.

Yang penting kita sudah bermula.