Recent Posts

MAA TAKAFUL AND MEDICAL CARD

MALAYSIAN COMPANY FOR MALAYSIAN

MAXIMIZE YOUR RETURN IN EPF AND CASH

WORDS DOES NOT SELL. OUR PERFORMACE RECORDS IS.

LIPPER FUNDS AWARD 2014 WINNER

INVEST YOUR MONEY IN THE BEST FUND AWARD WINNER FOR 2014

PELAN PERSARAAN RM1 JUTA

KENANGA INVESTORS - PERFORMANCE 2013 - 20% RETURN AND PROFIT. INVEST WITH YOUR EPF ACCOUNT 1 WITH US!

MAA TAKAFUL DAN MEDICAL CARD

WHY PAY MORE FOR A MEDICAL CARD AND LIFE INSURANCE TAKAFUL? CONTACT ME FOR FREE QUOTATION AND CONSULTATION

Memaparkan catatan dengan label TAKAFUL. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TAKAFUL. Papar semua catatan

Sabtu, 18 Jun 2016

Masih Bertangguh?

Selalunya bukan sebab masalah duit, tapi kerana masalah sikap.

Duit boleh dicari, sikap sukar diubah.

Jom join Takaful.

Medical card dari rm60++
Life takaful dari rm50++
Personal accident dari rm20++

Nak combine semuanya dalam satu polisi dan linked dgn investment portfolio?

Segalanya boleh di MAA Takaful Berhad

0123934137

Jumaat, 17 Jun 2016

Kesedaran Bertakaful





Salam pagi Jumaat. Dah lost count dah berapa hari puasa arini.

Berapa Ramadhan dah eh harini? Btw hari ni memang cuaca sangat sejuk dan confirm ramai bikers kat luar sana kesejukan mengharung hujan nk ke tempat kerja.

Nak share sikit sebenarnya. Dari kalangan rakyat kita yang 30 juta orang ini, hanya 15% sahaja yang ada kesedaran mengenai takaful. Lagi 85% sama ada kanak-kanak atau orang tua dan bakinya mereka yang bekerjaya tetapi belum lagi memiliki perlindungan takaful.

Orang tak ambil takaful sebab mereka belum sedar apa pentingnya memiliki takaful. Ada yang bagi alasan tidak minat dan sebagainya. Pokok pangkalnya jika kita dapat faham, maka tak akan timbul persoalan tak minat, tak cukup duit dan sebagainya.

Daripada 15% itu pula, agak-agak berapa % pula yang under cover? Maksud under cover adalah apabila terjadinya musibah, polisi mereka tak dapat untuk menyelesaikan masalah musibah itu.

Ada peluang lagi, saya kembali berceloteh ya.

Ahmad Zunaidi
0123934137
MAA Takaful Berhad

Rabu, 22 April 2015

Sesi Bersama Saya

Di MAA Takaful Berhad, kita tak ada pelan A, B atau C utk anda pilih.

Kami hanya ada plan yang direka utk keperluan anda.

1. Tentukan priority dalam pelan anda.
2. Bila priority sudah dikenal pasti, saya akan fikirkan satu plan yang bakal direka mengikut priority anda.
3. Jangan risau mengenai bajet. Bajet itu juga anda yang tentukan.

Kenapa masih bertangguh utk memiliki satu polisi aktif MAA Takaful?

Can we have a session?

Ahmad Zunaidi Bin Zulkipele
MAA Takaful Berhad
Kenanga Investors Berhad

Rabu, 25 Februari 2015

Cancer Care

CancerCare

 

“Tak mungkin saya menghidap kanser.” Inilah perkara yang mungkin terlintas dalam hati apabila kita memikirkan tentang kanser.

 

Malangnya, dalam dunia hari ini, tiada siapa yang boleh bersikap terlalu yakin bahawa mereka boleh mencegah penyakit memudaratkan

ini.

Namun, dengan kemajuan perubatan yang sedia ada, kebanyakan kanser boleh dikesan di peringkat awal dan berjaya dirawat.

 

Kanser ialah sejenis penyakit yang tidak memilih bulu. Penyakit ini tidak peduli badan siapa yang diserangnya. Sel kanser hidup sematamata untuk memenuhi matlamatnya sendiri untuk membiak.

 

Kanser langsung tidak menunjukkan belas kasihan dalam usahanya untuk

mengambil alih badan perumah sehingga tubuh yang dihuninya tidak lagi wujud.

 

Kanser. Perkataan yang sering dikaitkan dengan kematian.

 

Terdapat 210 jenis penyakit yang diklasifikasikan di bawah nama kanser. Kanser menyerang 11 juta dewasa dan kanak-kanak setiap tahun di seluruh dunia dan meragut enam juta nyawa setahun.

 

Di negara kita, 45,000 rakyat Malaysia disahkan menghidap kanser setiap tahun. Kanser ialah punca kematian kedua terbesar di Malaysia selepas sakit jantung.

 

Statistik ini memang menggerunkan dan kebarangkalian menundukkan kanser untuk terus hidup hanya satu dalam empat. Tidak hairanlah ketabahan penghidap kanser untuk menentang penyakit ini benar-benar teruji.

 

Jaminan kewangan membantu menentang kanser

 

Persediaan kewangan sangat penting dalam usaha menentang kanser. CancerCare boleh membantu menjamin kedudukan kewangan anda. Pelan ini membantu anda membuat persiapan kewangan dan menanggung bil rawatan kanser, supaya anda dapat memberi

tumpuan untuk kembali pulih tanpa bimbang tentang masalah kewangan.

 

Menerusi perlindungan meluas kanser peringkat awal dan lanjutan, pelan ini menyediakan sumber kewangan yang diperlukan supaya anda mendapat rawatan perubatan seawal mungkin dan memberikan peluang terbaik kepada anda untuk meneruskan kehidupan.

 

Menerusi CancerCare, anda bukan sahaja melindungi kesejahteraan diri, tetapi tabungan anda juga dapat dikekalkan, kerana pelan komprehensif ini membayar apabila Kanser disahkan di peringkat awal dan lanjutan.

 

Lindungi diri anda dengan CancerCare hari ini. Pelan ini adalah cara terbaik untuk memastikan anda bersedia untuk menghadapi ancaman penyakit yang paling pantas menular di Malaysia.

 

Khamis, 22 Januari 2015

Takaful Haji di MAA Takaful

Persediaan utk ke tanah suci.

Simpan lah di MAA Takaful serendah RM50 shj sebulan.

Hubungi saya utk maklumat lanjut Dan penyertaan.

01115484137-zunaidi

Rabu, 24 Disember 2014

Salah Faham Mengenai Takaful

Salah Faham Mengenai Takaful. 

1.       Setiap manfaat yang diperoleh (seperti dalam jadual manfaat polisi anda) perlu dibayar.

2.       Kad perubatan contohnya, mungkin mengambil 60% daripada jumlah caruman bulanan anda.

3.       Bersama dengan bayaran wakalah fee dan fee-fee yang lainnya, termasuk bakinya yang dilaburkan dalam unit amanah menjadikannya sebagai amaun sumbangan yang telah, sedang dan bakal anda bayar.

4.       Akan tetapi harga setiap manfaat ini, akan meningkat seiring dengan peningkatan kos perubatan dan umur anda.

5.       RM150 yang anda bayar ketika anda berusia 25 tahun mungkin cukup untuk mendapatkan kad perubatan RM100,000 setahun beserta takaful nyawa RM100,000, contohnya.

6.       Akan tetapi RM150 itu PASTI tidak akan cukup untuk mendapatkan semua manfaat tersebut ketika anda berusia 55 tahun. Carumannya mungkin RM250, mungkin juga RM300.

7.       Adakah anda perlu bayar lebihan caruman yang perlu dibayar ketika anda berusia 55 tahun itu?

8.       Tidak. Lebihan simpanan yang dilaburkan dalam unit amanah (item 3) lah yang digunakan bagi menampung ketidakcukupan sumbangan bulanan ketika anda meningkat usia kelak.

9.       Dengan cara itu, anda dapat memastikan jumlah sumbangan yang tetap (RM150) sedari anda berusia 25 tahun hingga 80 tahun.

10.   Justeru, mana-mana agen takaful yang lebih menekankan ‘saving’, atau simpanan dalam pemasaran mereka tidak lebih dari cuba mencari ‘sales’ dalam survival industry.

11.   Dengan inflasi perubatan berlegar sekitar 8-10% dan inflasi Ringgit sekitar 3-4%, mereka yang tidak terlibat dengan industri ini pun boleh berfikir secara logik yang RM150 hari ini tidak akan sama nilainya dengan RM150 20 tahun akan datang.

12.    Bila berbicara mengenai takaful, ianya akan selalu berkisar tentang perlindungan, dan bukannya pelaburan.

13.   Melaburlah di tempat yang betul, seperti contoh di unit amanah, dan bukan menerusi instrument takaful.

Rabu, 17 Disember 2014

Sahabat

Mencari Sahabat

 

Ramai mencari sahabat.

 

Yang boleh berdiri sama tinggi dengan kita, dan duduk sama rendah.

 

Yang boleh berkongsi suka dan duka. Yang menghulurkan tangan dikala semuanya menjauhkan diri.

 

Malangnya tak ramai yang ada.

 

Boleh tidak kita bantu ‘sahabat’ kita?

 

Seperti mana kita harapkan mereka membantu kita?

 

Kenapa? Ada keraguankah pada diri sendiri untuk membantu?

 

Di kala kita sakit, takaful yang membantu kita menyelesaikan semua bil hospital.

 

Di kala kita sangat memerlukan rawatan dan tidak lagi mampu menunggu, takaful membantu kita mendapatkan rawatan terbaik yang ada.

 

Di waktu kita dilanda musibah, takaful yang membantu.

 

Di kala kita mati, takaful membantu menyelesaikan hutang-hutang duniawi kita.

 

Takaful membantu memberi pakai makan kepada keluarga yang kita tinggalkan, selama mana yang kita inginkan.

 

Malah takaful yang menamin badal haji untuk kita.

 

Mana Ali, mana Kamal?

 

Mana mereka yang dulunya mengeteh sekali di Pelita? Di Subaidah?

 

Mana mereka yang dulu bersorak sama bila Harimau Malaya menerkam?

 

Anak kita lapar.

 

Isteri kita kusut.

 

Manakala kita telah pun pergi.

 

Berkawanlah dengan takaful.

 

Kalaupun masalah itu tidak selesai

 

Setidaknya bebanan sudah berkurang

 

Bahu sudah kurang peritnya menggalas.

 

Rabu, 10 Disember 2014

Permata Tersembunyi

Permata Tersembunyi



1.  Kadang orang tanya saya, kenapa saya tak market produk dari syarikat A atau B, yang memang orang dah kenal, billboard merata-rata dan banyak sponsor rancangan TV dan macam-macam program lain lagi.

2. Pada saya syarikat ini memang bagus business model nya. Menekankan branding nya supaya konsultant macam saya ni lebih mudah buat kerja. Tak perlu penat-penat memperkenalkan syarikat yang saya wakili. Tak perlu bersusah payah meyakinkan bahawa wang pelaburan mereka ini akan berada di dalam dana yang diluluskan Security Commissioner dan syarikat juga diluluskan oleh FiMM atau MTA.

3. Tapi hakikatnya jika ilmu yang saya ada ini, 100% juga dimiliki oleh prospek saya, maka dia juga tidak akan memilih syarikat yang famous atau glamour tersebut. Prestasi dana (contohnya) boleh dibentangkan secara hitam putih dan dibuat bandingan ‘apple to apple’.

4. Begitu juga halnya dengan takaful. RM100 untuk benefit RM300,000 (contohnya) tentulah lebih murah jika dibandingkan dengan RM100 untuk benefit RM100,000.



5. Sifirnya mudah. Saya mencari nilai tambah yang boleh diberi pada prospek dan klient. Nilai tambah ini saya cari daripada syarikat yang saya wakili. Pada saya jika klient saya gembira, maka itu menjadi kepuasan pada saya.

6.  Mungkin sesetengah orang berasa puas jika konsultantnya menghadiahkan pelbagai cenderahati atapun diari menjelang tahun baru. Itu memang bagus. Saya juga praktikkan begitu. Tetapi mengambil contoh point No. 4 di atas, jika perbezaan RM200,000 itu boleh dikira sebagai hadiah, maka itulah hadiah saya kepada klient selain cenderahati lain yang saya sebutkan di atas.

Isnin, 8 Disember 2014

Stand alone Medical Card - MEDICA2015 daripada MAA

Salam pagi

Medical card dari MAA Takaful.

Benefit seperti dalam gambar.



Dari RM64 sebulan (lelaki, 22-39 years old).

NCD 20% untuk tahun kedua dan seterusnya.

Tak perlu bayar 10% ko-takaful.

Polisi boleh pos jika duk jauh.

PM or whatsapp 01115484137




















Ahmad Zunaidi bin Zulkipele
MAA Takaful Berhad
Sg Buloh, Selangor

08th December 2014