Recent Posts

Selasa, 19 Ogos 2014

TUNAI HAJI LAGI 10 TAHUN?

TUNAI HAJI LAGI 10 TAHUN?

Realiti 2014

Menunaikan Ibadah Haji dalam masa 10 Tahun



Katakan hari ini, anda yang berusia bawah 30 tahun ke Tabung Haji. Buka akaun dan daftar untuk ke tanah suci bagi menunaikan rukun Islam kelima itu. Saya jangka anda hanya dapat ke tanah suci menjelang 2066.

Tahun ini, 2014 dan terpaksa menunggu 52 tahun untuk ke tanah suci. Itupun kalau umur panjang.

Kos

Berapa kos untuk menunaikan haji pada tahun lepas, iaitu 2013?

Sedikit carian Google membawa ke laman web rasmi tabung Haji, iaitu kos menunaikan haji kali pertama sebanyak RM16, 155. Peserta tabung haji hanya perlu membayar RM9,980 dan selebihnya ditanggung pihak kerajaan.

Pakej swasta berharga sekitar RM26,238 (http://www.safariharamain.com/pakej-haji-swasta/).

Adakah cara lain untuk menunaikan haji dengan lebih cepat tanpa rasa terlalu terbeban?

Berapa kos yang perlu ditanggung pada tahun 2066 kalau masih mengikuti pakej tabung haji?

Katakan inflasi matawang dan kenaikan kos haji pada kadar 4% setahun, dan katakana kerajaan masih lagi member subsidi haji.

Jadi kita ambil angka RM9,980 sebagai angka present value, pada tahun 2014.

Pada tahun 2066, pada kadar inflasi dan kenaikan kos haji sekitar 4% setahun, kos untuk menunaikan haji adalah sebanyak RM76,712. Peningkatan kos sebanyak RM66,732 atau RM1,283 setahun.

Alternatif

Apa kata saya cadangkan alternative terbaik menggunakan produk takaful dan juga unit amanah. Tetapkan masa selama 10 tahun dan anda ingin menunaikan haji pada penghujung tahun ke 10.

Kita gunakan pakej haji swasta sebagai asas.

RM26,238 pada 2014 adalah senilai dengan RM38,838 pada tahun 2024, iaitu 10 tahun dari sekarang. Katakan kita ambil angka RM40,000 sebagai sasaran yang mahu dicapai dalam masa 10 tahun.

Tools Pertama – Unit Amanah



Manfaatkan dana-dana unit amanah. Kenanga Shariah Growth Fund memberikan pulangan sekitar 12% setahun.

Dengan simpanan permulaan sebanyak RM1,000 dan mahu menyimpan bulanan secara tetap selama 10 tahun, anda hanya perlu mengasingkan duit gaji anda sebanyak RM175 sahaja untuk mendapatkan dana sebanyak RM40,000 untuk mengikut pakej swasta menunaikan haji.

Tools Kedua – Takaful



Apa-apa pun boleh terjadi kepada anda dalam masa 10 tahun menyimpan itu. Gunakan Takaful Hajj daripada MAA yang menjamin badal haji dilakukan oleh pihak takaful jika anda meninggal. Sumbangan yang serendah RM50 sahaja sebulan dengan takaful life minimum RM20,000 untuk ditinggalkan kepada sanak saudara. Jumlah itu juga akan diberikana sekiranya anda mengalami sebarang kecacatan kekal.

Takaful Hajj juga akan melakukan ibadah qurban, waqaf dan juga khairat kematian. Jika kematian/hilang upaya kekal  berlaku di tanah suci, takaful akan membayar sehingga 200% dana caruman life asal.

Kesimpulan

Berapa kos untuk tunaikan haji 10 tahun akan datang?

RM175 + RM50 = RM225 sahaja sebulan.

Soalannya, anda mahu atau tidak?

Saya sudah provide jalan. Terpulang pada anda untuk menelusuri jalan tersebut atau tidak.



0 ulasan:

Catat Ulasan