Recent Posts

MAA TAKAFUL AND MEDICAL CARD

MALAYSIAN COMPANY FOR MALAYSIAN

MAXIMIZE YOUR RETURN IN EPF AND CASH

WORDS DOES NOT SELL. OUR PERFORMACE RECORDS IS.

LIPPER FUNDS AWARD 2014 WINNER

INVEST YOUR MONEY IN THE BEST FUND AWARD WINNER FOR 2014

PELAN PERSARAAN RM1 JUTA

KENANGA INVESTORS - PERFORMANCE 2013 - 20% RETURN AND PROFIT. INVEST WITH YOUR EPF ACCOUNT 1 WITH US!

MAA TAKAFUL DAN MEDICAL CARD

WHY PAY MORE FOR A MEDICAL CARD AND LIFE INSURANCE TAKAFUL? CONTACT ME FOR FREE QUOTATION AND CONSULTATION

Memaparkan catatan dengan label KSGF. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KSGF. Papar semua catatan

Selasa, 10 Februari 2015

Pengeluaran Akaun 1 KWSP

Tahukah anda sebahagian Akaun 1 kwsp boleh dikeluarkan bagi tujuan pelaburan?

Pelaburan di Kenanga Investors Berhad memberikan purata pulangan 12-15%.

Sesiapa yang berminat untuk membuat pengeluaran bagi tujuan pelaburan,  dijemput untuk menghubungi saya segera.

Mereka yang berada di KL,  Selangor,  Kelantan &  Terengganu Dialu-alukan.

Mereka di negeri lain,  saya akan minta konsultan berhampiran untuk berhubung.

Ahmad Zunaidi
0111.5484.137

Selasa, 16 Disember 2014

Prestasi Amanah Saham di Kenanga Investors Berhad - November 2014

Assalamualaikum

Kenanga Syariah Growth Fund (KSGF) adalah fund yang saya suka recommend untuk kawan-kawan Muslim dan juga non-Muslim selain daripada Kenanga Growth Fund (KGF). KGF adalah dana konvensional dan tidak patuh syariah.

Harga seunit saham KSGF menurun bagi bulan Oktober (refer gambar dan graf) dan saya rasa akan terus turun setidaknya sehingga January 2015 sebelum kembali melonjak  suku kedua tahun depan. Pada saya ia berkait rapat dengan nilai RM yang melemah.

Harga yang rendah atau murah ini adalah masa sangat sesuai untuk memulakan pelaburan atau menambah pelaburan kerana lebih unit boleh dibeli.

RM1,000 dengan harga RM2 seunit membolehkan 500 unit dibeli.

RM1,000 dengan harga RM1.50 seunit membolehkan 666 unit dibeli.

Unit-unit dibeli ini akan terus diniagakan dan akan sentiasa naik dari tahun ke tahun.


Kenaikan ini dibuktikan dengan gambar tersebut. Perhatikan harga semasa 2009 dan 2014. Kenaikan sebanyak 123%.

Melabur segera dan jangan lepaskan peluang harga tengah murah.

Ahmad Zunaidi Zulkipele
Kenanga Investors Berhad
01115484137



Selasa, 7 Oktober 2014

Tahukah anda sebahagian Akaun 1 KWSP anda boleh dikeluarkan untuk dilaburkan di tempat yang lebih baik?


Tahukah anda sebahagian Akaun 1 KWSP anda boleh dikeluarkan untuk dilaburkan di tempat yang lebih baik?


Tahukah anda pengeluaran untuk pembelian rumah, sambung belajar, pembiayaan perubatan adalah dengan menggunakan Akaun 2 dan bukannya Akaun 1 KWSP?
Tahukah anda, pengeluaran Akaun 1 KWSP hanya untuk pelaburan di unit amanah?
Jika anda tidak atau belum tahu, saya harap selepas membaca post ini, anda sudah mendapat maklum bahawa sebahagian jumlah Akaun 1 KWSP anda boleh dikeluarkan bagi tujuan pelaburan unit amanah.












Kenapa Unit Amanah?

Pertama sekali mungkin anda boleh bertanya diri sendiri kenapa KWSP membenarkan sebahagian amaun Akaun 1 KWSP dikeluarkan bagi pelaburan tambahan di unit amanah.
1.     Pelaburan unit amanah bersifat jangka sederhana – jangka panjang. Sesuai dengan portfolio KWSP yang tidak membenarkan ahli menggunakan wang simpanan Akaun 1 sehingga berusia 55 tahun.
2.     Pelaburan unit amanah lebih menguntungkan.
3.     KWSP hanya membenarkan pelaburan yang berlegar sekitar Negara sahaja. Tidak dibenarkan pelaburan unit amanah yang membuat pelaburan selain dari Malaysia.
4.     Ahli mempunyai pilihan untuk melabur dalam unit amanah patuh Shariah.


Apa yang KWSP tawarkan?

Sedari 1952, KWSP menawarkan dividen tertinggi sebanyak 8.5% pada tahun 1983-1987. Pun begitu, 5 tahun terkebelakang, dividen KWSP berlegar sekita 5-6% sahaja.
































Apa yang Kenanga Investors Berhad tawarkan menerusi Kenanga Shariah Growth Fund (KSGF)?





1.     Pulangan 25.56% untuk 10 tahun terkebelakang (2003-2013), berdasarkan rekod lampau
2.     Pulangan ini boleh juga meningkat dan juga menurun.
3.     Secara keseluruhan, KSGF menawarkan pulangan yang lebih berbanding jika terus disimpan di KWSP.
4.     Kenanga Investors Berhad adalah pengendali unit amanah yang diiktiraf oleh KWSP.


Anugerah diterima oleh KSGF






Bagaimana untuk sertai pelaburan?
1.     Dapatkan jumlah akaun 1 beserta nombor akaun KWSP. Jika anda pernah mendaftar dengan system iAccount KWSP, log in sahaja di https://secure.kwsp.gov.my/secured/member/login/
2.     Emailkan pada saya butiran berikut (zunaidi.ahmad@gmail.com)
a.     No. IC
b.     Jumlah Akaun 1
c.     Alamat Terkini
d.     No telefon untuk dihubungi
3.     Saya akan hubungi anda untuk meneruskan pelaburan. Anda tidak perlu ke KWSP melainkan jika anda tidak pernah mendaftar untuk aplikasi iAccount.

Ahmad Zunaidi Zulkipele
Kenanga Investors Berhad
Advisor



Jumaat, 19 September 2014

Kenanga Investors Berhad Won Recommended Unit Trust Award



We are proud to announce that 2 of Kenanga Investors Berhad’s funds won the Recommended Unit Trust Awards 2014/15 by Fundsupermart.com

Our Kenanga Growth Fund and Kenanga Syariah Growth Fund garnered recognition in the Core Equity - Malaysia and Core Equity - Malaysia (Islamic) categories respectively.


Only unit trusts with examplary track records make it into the FSM's Recommended Unit Trusts list.


Ilmu dan Unit Amanah

Ada teman sepejabat mengadu konsultant unit amanahnya dah lama tak update dia apa-apa status.

Adik ipar dia juga konsultantnya pun.


‘Agen akak dah lama tak update akak. Entah macam mana lah invest ari tu

Ada sampai statement tak tiap-tiap tahun?

Ada.

Then untung tak?

Entah. Tak ambil tahu pun.

Lor. Mesti untung tu. Then agent u ada educate tak pasal unit trust ni? Kenapa memula invest mungkin ada negative return bla la bla?

Tak ada pulak. Ha..tu lah..kenapa ada negative mula2 dulu eh? Dia pun takde nak update.

Haha. Akak tak mintak dia explain. Kalau akak faham pasal unit trust ni mesti akak tak mintak dia update 2-3 bulan sekali. Orang labur dalam ASB pun p jenguk setahun sekali je kak masa umum dividen.’

Kadang saya jumpa client yang banyak rasa ingin tahunya. Client macam ni saya suka nak educate sebab dia faham dan terbuka.

Kadang ada jugak yang tak mahu ambil tahu.

‘Alah u buat je Zunaidi. Saya tak ada masa nak ambil tahu sangat’

Client macam ni yang akan mula-mula melompat kalau ada economic downturn.

Aku senyum sendiri sudah. ;)

Owh ya, ada yang nak invest dalam Kenanga Investors Berhad? Return 2013 agak bagus, 20.51%.

Boleh invest sama ada cash, pengeluaran akaun 1 KWSP ataupun simpanan tetap setiap bulan.


Ahmad Zunaidi
Consultant
Kenanga Investors Berhad

01115484137

Khamis, 4 September 2014

PERKONGSIAN PENGURUSAN KEWANGAN

PERKONGSIAN PENGURUSAN KEWANGAN

Assalamualaikum.

Lama saya tak update. Agak sibuk menguruskan temujanji Adif dengan doctor di PPUM. Sesi fisioterapinya mesti diteruskan. Tambah pula dengan cuti berderet 3 hari kerana sambutan hari kemerdekaan Negara ke 37.

Saya kena mengaku bahawa saya bukanlah perancang kewangan yang baik. Azam 2014 ini antaranya adalah untuk memantapkan ilmu mengenai pengurusan kewangan yang lebih baik bagi menambah nilai pada diri sendir dan keluarga yang terutamanya. Ini jugalah antara sebabnya saya cuba terjun dalam bidang takaful dan unit amanah. Selama ini asyik pening-pening orang cerita mengenai terma-terma dan syarat dalam insurans dan takaful yang memeningkan saya, Alhamdulillah sekarang rasa jahil itu sudahpun digantikan dengan ilmu.

Hasil latihan melalui bagi menghadapi ujian dan juga latihan dari agency (agency sentiasa bagi latihan dan tambaada sedikit sebanyak ilmu yang saya dapat yang saya suka untuk kongsikan dengan setiap prospek dan klien saya.

Pun begitu, yang saya ingin kongsikan di bawah ini adalah antara tip-tip yang boleh dipraktikkan bagi pengurusan kewangan diri terbaik yang boleh dijadikan pedoman dan panduan.

Bayar diri sendiri dahulu / Pay yourself first!



Dapat gaji terus bayar diri sendiri dulu. Elakkan berbelanja dahulu dan menunggu jika ada duit lebih untuk membayar diri sendiri. Bayaran kepada diri sendiri ini termasuklah simpanan tetap bulanan, regular investment dan juga yang paling penting adalah sumbangan takaful bulanan. Ini yang paling penting.  

Lari jauh-jauh dari kad kredit


Saya pasti yang pernah ada kad kredit pernah merasa peritnya berhutang dengan kad dredit. Nasihat saya bila ada orang yang promosikan privilege kad kredit, lari jauh-jauh dan usah lagi menoleh ke belakang. Anda baru sahaja berbuat baik kepada diri sendiri. Usah terjebak dengan 0% easy payment scheme dan segala yang berkaitan dengannya. Gantikan kad dredit dengan kad debit.

Gunakan tunai


Sangat berkait dengan point nombor 2 tadi. Emosinya berbeza bila berbelanja menggunakan kredit berbanding debit. RM200 itu terasa besar apabila dibayar dengan 4 keping note RM50 tetapi sangatlah kecil nilainya apabila hanya perlu dibayar dengan sekadar swipe dan tanda tangan.

Langsaikan hutang sedikit demi sedikit.


Cuba selesaikan hutang yang paling sedikit. Gunakan sebarang kenaikan gaji atau duit bonus untuk tutup hutang tersebut. Elakkan Easy RHB dan juga Court Mammoth. Motivasinya besar apabila kita sudah Berjaya langsaikan hutang kecil dan seterusnya moving forward untuk turut sama melangsaikan hutang yang lebih besar.

Tukar liquid cash kepada asset


Cash yang tinggi adalah bagus tetapi terlalu banyak cash bukanlah sesuatu yang bagus kerana wang tunai itu tidaklah lebih dari sekeping kertas dan tidaklah pula kalis dek inflasi. Nilainya makin menyusut. Tukarkan nilaian tunai tersebut dengan pembelian asset seperti rumah dan emas yang lebih kalis inflasi. Memanglah kita terpaksa pula berhutang untuk pembelian asset sebegini tetapi ini adalah hutang yang baik yang memaksa kita untuk menjadi lebih kaya. Panjangkan tempoh penjaman selama boleh bagi pengurusan cash flow yang lebih baik. Jika ada rezeki dalam bidang sewaan properties, beli rumah atau kedai tersebut dan sewakan.

Jangan beli apa yang bukan keperluan




Ada garisan pemisah yang besar antara keperluan dan juga kehendak. Jika semua orang pandai membezakan antara dua ini, ramai orang akanlebih bahagia hidup di bawah kemampuan, dan bukannya hidup mengikut kemampuan. Jika ramai sedar bahawa handphone RM300 juga boleh berfungsi sebaik yang berharga RM2,000 insyaallah hidup lebih bahagia. Hilangnya handphone mudah dicari ganti dan tidur lebih lena di malam hari.

Inilah sebanyak mungkin perkongsian saya hari ini. Saya juga pelajar seperti anda dan bukannya pakar dalam apa-apa bidang pun. Cuma apa yang boleh dikongsi, saya kongsi. Pengurusan kewangan yang baik amat berkait rapat dengan EMOSI, baik emosi orang yang mahu menguruskan kewangan mahupun orang yang terlibat secara langsung dengan aktiviti pengurusan kewangan yang dilakukannya. Maka semua pihak, dan bukan hanya pengurus kewangan terbabit sahaja tetapi semua yang terlibat dan menerima kesan dengan langkah pengurusan tersebut untuk bersama-sama menimba ilmu dan mencari faham bagi menidakkan kejahilan bertahun-tahun itu.

Matlamat saya hanya untuk mencari hidup bebas hutang dengan dapat menjadi ayah full time pada anak-anak saya.

Insyaallah, doakan.

Jika ada manfaat, sila-silakanlah share.


Rabu, 9 Julai 2014

Melabur Tanpa Modal

Melabur Tanpa Modal

Pelik bunyinya tapi anda memang boleh melabur tanpa modal. In fact, pelaburan pertama saya adalah tanpa modal. Saya dapat 23% return pada tahun pertama pelaburan saya. ;)

Pelaburan yang saya maksudkan adalah dengan menggunakan sebahagian akaun 1 KWSP untuk dilaburkan dalam amanah saham. Pengeluaran ini bukanlah bermaksud anda dapat cash, kemudian cash itu dibawa ke syarikat unit amanah. Tidak. Pengeluaran itu terjadi antara KWSP dengan syarikat unit amanah yang anda pilih, melalui beberapa borang yang perlu diisi apabila anda berjumpa dengan perunding unit amanah seperti saya.



Pelaburan ini hanya boleh dikeluarkan selepas pelabur berusia 55 tahun, selaras dengan peraturan KWSP.

Antara sebab kenapa pelaburan ini dibenarkan kerajaan adalah kerana pulangan dalam unit amanah yang lebih baik (12-15% setahun) berbanding dividen KWSP yang berlegar sekitar 4-6% setahun.

Dividen/ return berbeza ini amat member kesan kepada jumlah dana yang bakal anda ada untuk persaraan.



Sebagai contoh:

RM10,000 yang berada dalam KWSP, dengan pulangan 6% setahun selama 30 tahun akan bercambah menjadi RM57,434.91.

RM10,000 yang berada dalam Unit Amanah, dengan pulangan 13% setahun selama 30 tahun akan bercambah-cambah menjadi RM391,158.98.

Perbezaan sebanyak RM333,724.07 yang boleh merubah cara hidup anda di masa tua.

Jangan keliru dengan Akaun 1 dan Akaun 2 KWSP. Akaun 1 tidak dibenarkan sebarang pengeluaran kecuali dengan sebab pelaburan dan hanya boleh dikeluarkan selepas umur pencarum 55 tahun.

Akaun 2 pula dibenarkan pengeluaran atas banyak sebab, seperti pengeluaran untuk membeli rumah, sambung pelajaran, bil-bil perubatan dan sebagainya. Jumlah akaun 2 KWSP adalah 30% daripada keseluruhan jumlah simpanan yang anda.



Pengeluaran untuk pelaburan boleh dilakukan setiap 3 bulan sekali. Pengeluaran yang konsisten boleh menjamin hari persaraan yang lebih baik dan lebih bahagia.

Untuk melabur bersama Kenangan Investors Berhad, hubungi saya, Zunaidi di 01115484137 atau email zunaidi.ahmad@gmail.com.






Isnin, 7 Julai 2014

Kenanga Shariah Growth Fund - Fund Fact Sheet as at May 2014


Fund fact sheet dana Kenanga Shariah Growth Fund berakhir 31st May 2014.

Mereka yang berminat melabur boleh hubungi saya di 01115484137 atau email zunaidi.ahmad@gmail.com