Recent Posts

MAA TAKAFUL AND MEDICAL CARD

MALAYSIAN COMPANY FOR MALAYSIAN

MAXIMIZE YOUR RETURN IN EPF AND CASH

WORDS DOES NOT SELL. OUR PERFORMACE RECORDS IS.

LIPPER FUNDS AWARD 2014 WINNER

INVEST YOUR MONEY IN THE BEST FUND AWARD WINNER FOR 2014

PELAN PERSARAAN RM1 JUTA

KENANGA INVESTORS - PERFORMANCE 2013 - 20% RETURN AND PROFIT. INVEST WITH YOUR EPF ACCOUNT 1 WITH US!

MAA TAKAFUL DAN MEDICAL CARD

WHY PAY MORE FOR A MEDICAL CARD AND LIFE INSURANCE TAKAFUL? CONTACT ME FOR FREE QUOTATION AND CONSULTATION

Khamis, 22 Januari 2015

Takaful Haji di MAA Takaful

Persediaan utk ke tanah suci.

Simpan lah di MAA Takaful serendah RM50 shj sebulan.

Hubungi saya utk maklumat lanjut Dan penyertaan.

01115484137-zunaidi

Jumaat, 16 Januari 2015

Makan

Posing sementara tunggu makan.

Letih jaga budak-budak ni bila kat kedai makan.

Kadang lagi prefer tapau.

Khamis, 15 Januari 2015

Seminar seminar seminar!

Alhamdulillah sempat booked satu seat utk seminar di bawah ni.

But time weekend, memang tak ganggu tugas hakiki di pejabat.

Insyaallah info yang dapat boleh sama-sama kongsi.

Rabu, 24 Disember 2014

Salah Faham Mengenai Takaful

Salah Faham Mengenai Takaful. 

1.       Setiap manfaat yang diperoleh (seperti dalam jadual manfaat polisi anda) perlu dibayar.

2.       Kad perubatan contohnya, mungkin mengambil 60% daripada jumlah caruman bulanan anda.

3.       Bersama dengan bayaran wakalah fee dan fee-fee yang lainnya, termasuk bakinya yang dilaburkan dalam unit amanah menjadikannya sebagai amaun sumbangan yang telah, sedang dan bakal anda bayar.

4.       Akan tetapi harga setiap manfaat ini, akan meningkat seiring dengan peningkatan kos perubatan dan umur anda.

5.       RM150 yang anda bayar ketika anda berusia 25 tahun mungkin cukup untuk mendapatkan kad perubatan RM100,000 setahun beserta takaful nyawa RM100,000, contohnya.

6.       Akan tetapi RM150 itu PASTI tidak akan cukup untuk mendapatkan semua manfaat tersebut ketika anda berusia 55 tahun. Carumannya mungkin RM250, mungkin juga RM300.

7.       Adakah anda perlu bayar lebihan caruman yang perlu dibayar ketika anda berusia 55 tahun itu?

8.       Tidak. Lebihan simpanan yang dilaburkan dalam unit amanah (item 3) lah yang digunakan bagi menampung ketidakcukupan sumbangan bulanan ketika anda meningkat usia kelak.

9.       Dengan cara itu, anda dapat memastikan jumlah sumbangan yang tetap (RM150) sedari anda berusia 25 tahun hingga 80 tahun.

10.   Justeru, mana-mana agen takaful yang lebih menekankan ‘saving’, atau simpanan dalam pemasaran mereka tidak lebih dari cuba mencari ‘sales’ dalam survival industry.

11.   Dengan inflasi perubatan berlegar sekitar 8-10% dan inflasi Ringgit sekitar 3-4%, mereka yang tidak terlibat dengan industri ini pun boleh berfikir secara logik yang RM150 hari ini tidak akan sama nilainya dengan RM150 20 tahun akan datang.

12.    Bila berbicara mengenai takaful, ianya akan selalu berkisar tentang perlindungan, dan bukannya pelaburan.

13.   Melaburlah di tempat yang betul, seperti contoh di unit amanah, dan bukan menerusi instrument takaful.

Rabu, 17 Disember 2014

Sahabat

Mencari Sahabat

 

Ramai mencari sahabat.

 

Yang boleh berdiri sama tinggi dengan kita, dan duduk sama rendah.

 

Yang boleh berkongsi suka dan duka. Yang menghulurkan tangan dikala semuanya menjauhkan diri.

 

Malangnya tak ramai yang ada.

 

Boleh tidak kita bantu ‘sahabat’ kita?

 

Seperti mana kita harapkan mereka membantu kita?

 

Kenapa? Ada keraguankah pada diri sendiri untuk membantu?

 

Di kala kita sakit, takaful yang membantu kita menyelesaikan semua bil hospital.

 

Di kala kita sangat memerlukan rawatan dan tidak lagi mampu menunggu, takaful membantu kita mendapatkan rawatan terbaik yang ada.

 

Di waktu kita dilanda musibah, takaful yang membantu.

 

Di kala kita mati, takaful membantu menyelesaikan hutang-hutang duniawi kita.

 

Takaful membantu memberi pakai makan kepada keluarga yang kita tinggalkan, selama mana yang kita inginkan.

 

Malah takaful yang menamin badal haji untuk kita.

 

Mana Ali, mana Kamal?

 

Mana mereka yang dulunya mengeteh sekali di Pelita? Di Subaidah?

 

Mana mereka yang dulu bersorak sama bila Harimau Malaya menerkam?

 

Anak kita lapar.

 

Isteri kita kusut.

 

Manakala kita telah pun pergi.

 

Berkawanlah dengan takaful.

 

Kalaupun masalah itu tidak selesai

 

Setidaknya bebanan sudah berkurang

 

Bahu sudah kurang peritnya menggalas.

 

Ruginya Tidak Pindahkan KWSP ke Unit Amanah

Saya rasa ada mood untuk menulis hari ini. Banyak kerja yang dah selesai dan saya fikir ada bagusnya saya kongsi satu dua pengetahuan yang saya ada mengenai pelaburan unit amanah dan KWSP.




Apa ruginya jika tidak menggunakan simpanan Akaun 1 KWSP untuk dilaburkan ke dalam unit amanah?




1.      Kerugian dari segi return/ pulangan.
a)      Pulangan KWSP hanyalah berlegar sekitar 4-6% sahaja setahun. Pulangan unit amanah pula berlegar sekitar 10-15% setahun. Pulangan tahunan Kenanga Syariah Growth Fund (KSGF) adalah 17% (data 2010-2013).
b)      Jika kita ambil 12% sebagai asas pengiraan, dan bandingkan dengan pulangan KWSP 6% setahun, anda sebenarnya ‘kehilangan’ 6% setahun dari segi pulangan, dan return ini pula di gandakan (compound interest).
c)      Contoh mudah – RM10,000 permulaan dan 6% setahun selama 10 tahun, pulangan total adalah RM17,908.
d)      Jumlah yang sama juga dengan pulangan 12% setahun memberikan pulangan sebanyak RM31,058. Perbezaan sebanyak RM13,150.
e)      Bayangkan yang dilaburkan itu bukannya RM10,000 tetapi RM100,000 atau lebih tinggi.


2.      Kerugian kerana tidak memanfaatkan dana sedia ada
a)      Anda sebenarnya melaburkan duit anda (yang hakikatnya belum lagi sempurna milik anda) yang memang dah ada di dalam KWSP. Anda tidak perlu mengeluarkan duit sesen pun untuk memulakan pelaburan unit amanah.
b)      Minimum pelaburan hanyalah RM1,000 dan wang yang dikeluarkan adalah dari Akaun 1, dan bukannya Akaun 2.
c)      Jika anda beralasan untuk menggunakan duit KWSP untuk membayar rumah, sambung belajar dan sebagainya, ketahuilah wang tersebut sebenarnya dikeluarkan dari Akaun 2 dan bukannya Akaun 1.
d)      Sebahagian Akaun 1 KWSP hanya boleh dikeluarkan bagi tujuan pelaburan unit amanah dan bukan bagi tujuan lain.
e)      Apa yang diperlukan adalah ‘mind set’ yang perlu ditukar dan cuba melihat peluang lain yang boleh diteroka bagi manfaat hari persaraan anda juga.



3.      Pematuhan Syariah sepenuhnya
a)      Dana unit amanah ada yang ditawarkan secara konvensional dan ada juga patuh syariah.
b)      KSGF adalah dana patuh syariah 100% dengan diawasi panel syariah berkecuali yang dilantik.
c)      Patuh syariah sesuatu dana bukan sahaja bergantung pada kaunter mana wang anda dilaburkan (tidak dibolehkan melabur di kaunter syarikat arak, perjudiaan dan sebagainya), tetapi juga bergantung pada tiadanya unsure penganaiayaan baik pada operator (syarikat pengurusan dana unit amanah seperti Kenanga Investors Berhad) mahupun pada pelabur itu sendiri anda).
d)      KWSP adalah tidak patuh syariah.
e)      Mengikut Dr Zaharudin, simpanan dalam KWSP perlu dibersihkan sebelum boleh digunakan.Sifirnya begini.
f)       Anda menyimpan setiap bulan di KWSP dan pada umur anda 55 tahun, simpanan anda berjumlah RM500,000.
g)      65% adalah dari sumber halal (simpanan asas anda + majikan). Jadinya RM325,000 adalah boleh digunakan.
h)      Bakinya 35% itu perlu dibersihkan.
a.      70% daripada 35% perlu dibersihkan. 70% x (35% x 500,000) = RM122,500.
b.      Jadinya duit halal yang boleh digunakan adalah RM325,000 + RM52,500 = RM377,500.
c.       RM122,500 perlu disedekahkan kepada orang lain yang bukan dalam tanggungan anda.
i)        Pengiraan diatas adalah hasil perkongsian Dr Zaharudin daripada analisa dan kajian yang dilakukan beliau.
j)        Wang RM377,500 itu perlu perlulah dizakatkan sebanyak 2.5%, dan bakinya adalah hak milik anda.
k)      Pelaburan dalam KWSP mengurangkan wang yang perlu dibersihkan sebegini.



4.      Kerugian Menimba Ilmu Baru
a)      Anda tak pernah tahu, atau mungkin sebelum ini kurang faham dengan selok-belok pelaburan unit amanah.
b)      Perbincangan/ pertemuan dua mata antara saya dan anda bakal memberikan ilmu baru mengenai pengurusan kewangan dan juga cara pelaburan ini dilakukan.
c)      Lagi banyak kawan yang anda bawa ketika kita bertemu, lebih banyak soalan yang boleh diutarakan dan lebih banyak yang saya boleh jawab.


Melaburlah. Saya hanya perlukan salinan kad pengenalan anda, jumlah Akaun 1 KWSP dan juga nombor ahli KWSP anda.

Tidaklah susah mana untuk menjadi lebih bijak.

Untuk dana persaraan anda juga.



Ahmad Zunaidi bin Zulkipele
01115484137


Seri Kembangan, 17/12/2014.

Selasa, 16 Disember 2014

Prestasi Amanah Saham di Kenanga Investors Berhad - November 2014

Assalamualaikum

Kenanga Syariah Growth Fund (KSGF) adalah fund yang saya suka recommend untuk kawan-kawan Muslim dan juga non-Muslim selain daripada Kenanga Growth Fund (KGF). KGF adalah dana konvensional dan tidak patuh syariah.

Harga seunit saham KSGF menurun bagi bulan Oktober (refer gambar dan graf) dan saya rasa akan terus turun setidaknya sehingga January 2015 sebelum kembali melonjak  suku kedua tahun depan. Pada saya ia berkait rapat dengan nilai RM yang melemah.

Harga yang rendah atau murah ini adalah masa sangat sesuai untuk memulakan pelaburan atau menambah pelaburan kerana lebih unit boleh dibeli.

RM1,000 dengan harga RM2 seunit membolehkan 500 unit dibeli.

RM1,000 dengan harga RM1.50 seunit membolehkan 666 unit dibeli.

Unit-unit dibeli ini akan terus diniagakan dan akan sentiasa naik dari tahun ke tahun.


Kenaikan ini dibuktikan dengan gambar tersebut. Perhatikan harga semasa 2009 dan 2014. Kenaikan sebanyak 123%.

Melabur segera dan jangan lepaskan peluang harga tengah murah.

Ahmad Zunaidi Zulkipele
Kenanga Investors Berhad
01115484137