Penerangan Lebih
Ringkas Mengenai Unit Amanah
Ada pembaca yang
bagitau saya post yang dulu yang saya terangkan mengenai unit amanah agak
detail dan susah nak faham.
Terfikir-fikir cara
untuk memudahkan pemahaman pembaca mengenai unit trust/ unit amanah.
Here we go.
Unit trust ni, secara
mudahnya, kita ramai-ramai masukkan duit kita dlam satu dana yang diuruskan
oelh satu syarikat pengurus dana, yang mana duit yang banyak itu dilaburkan
pula dalam portfolio yang pelbagai untuk menjana keuntungan. Semua pelaburan ini
dikawalselia dan diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti, FMUTM, Auditors and so
on. Tiada isu pelaburan ini tidak sah dan sebagainya.
Pelabur-pelabur kecil
seperti kita semua diberi peluang untuk melabur dalam pelbagai jenis pelaburan
yang kebiasaannya sukar untuk di akses terutamanya dalam syarikat-syarikat
utama Malaysia.
Modal besar diperlukan
untuk membeli saham dalam TNB, atau Maxis sebagai contoh jika dibandingkan
dengan kita melabur dalam unit trust. Dalam unit trust, bukan sahaja TNB atau
Maxis, tapi pelbagai lagi saham syarikat yang boleh kita laburkan atas
kebijaksanaan dan strategi pengurus dana. Oleh sebab ada banyak syarikat blue
chip ini yang dilaburkan duit-dit kita semua, maka tentulah ada unsur2 diversification,
di mana contohnya kalau pelaburan dalam
syarikat A ini mengalami kerugian, keuntungan dalam syarikat B & C
misalnya, membolehkan kita dapat untung juga.
Unit trust adalah
platform yang bagus untuk mula menyimpan dan financial plan sebagai persiapan
jangka sederhana atau panjang.
Tak rugi melabur dalam
unit trust melainkan kita melabur dan mengharapkan keuntungan dalam 1-2 bulan.
Saya tak sentuh
langsung mengenai unsure teknikal dan berharap contengan ringkas ini member lebih
pemahaman mengenai konsep asas unit trust.
Ahmad Zunaidi
1-07-2014
01115484137
0 ulasan:
Catat Ulasan