Recent Posts

Khamis, 10 Julai 2014

Ambil Takaful Ketika Sihat!

Memang ketika sihat ramai yang ambil mudah kepentingan memiliki sekurang-kurangnya 1 polisi takaful, tak kiralah dengan syarikat mana pun.

Apabila sudah sakit, memang mana-mana syarikat pun tak akan approve permohonan menyertai skim takaful.

Benda yang jadi keliling kita, eloklah dijadikan pengajaran. Jangan ambil mudah. Tanya khabar orang sebelah. Pengalaman pahit hidup dia kita cedok dan buat iktibar. Jangan sekadar buat iktibar sahaja, tapi teruslah bertindak agar musibah yang sama tidak menimpa kita.

Memang malang tak berbau. Kalau dia berbau macam bau durian, senang. Lagi 3km nak ada malang, dah bau siap-siap. Boleh la nak elak. Ni idak, sebab memang tak akan berbau punya.

Sediakan payung sebelum hujan. Nanti hujan baru nak cari payung, dah basah, semua dah tak guna.

Jadikan pengajaran, dan bertindak segera.

0 ulasan:

Catat Ulasan