Recent Posts

Khamis, 3 Julai 2014

Manfaat Pelaburan Daripada Ringgit Cost Averaging (RCA)

Ringgit Cost Averaging atau RCA adalah strategi mudah dengan melabur sejumlah kecil wang ke dalam dana unit amanah secara TETAP dan BERKALA (setiap bulan) berbanding dengan strategi lagi satu iaitu terus meletakkan sejumlah besar wang pada permulaan pelaburan.




Bagaimana untuk Mengambil Kelebihan RCA?

Untuk menjadikan RCA sebagai strategi boleh menang (winning strategy), undang-undang di bawah boleh diguna pakai.

1.     Spread kan jumlah pelaburan – Lebih tinggi jumlah yang anda mahu laburkan, makin lama masa diperlukan. Cth: Anda ada RM1 juta atau lebih untuk dilaburkan, spread it over 36 bulan dengan melabur lebih kurang RM28,000 sebulan. Menggunakan RCA sepanjang 36 bulan itu, anda boleh uruskan risiko pelaburan dengan lebih baik tanpa perlu rungsing akan keadaan pasaran. Guna auto debit daripada bank simpanan anda untuk menjamin jumlah tetap yang masuk ke dalam dana pada tarik yang tetap.
2.     Diversify / Pelbagaikan portfolio pelaburan ke dalam dana lain yang berbeza. Ini perlu diterangkan oleh unit trust consultant anda (saya) supaya anda boleh membuat tindakan bijak dan mengambil kelebihan RCA ini.
3.     Kenal dana pelaburan anda dengan mendalam. Adalah bagus untuk mendapatkan penjelasan mengenai cara baca Fund Fact Sheet untuk setiap dana supaya anda dapat pemahaman mendalam.
4.     Tahu bila hendak jual bila sasaran kewangan tercapai. Anda perlu jelas akan matlamat kewangan anda sendiri, tentang apa yang hendak dicapai dalam tempoh 3-5 tahun dan jangan takut untuk jual bila sasaran itu telah dipenuhi.
5.     Kenali keadaan ekonomi semasa. Seorang UTC (Unit Trust Consultant) yang bagus boleh menjangkakan keadaan ekonomi akan dating berdasarkan, cth: kadar interest loan yang tinggi atau KKDN/ GDP yang negative. Jual sebelum ekonomi gawat atau teruskan melabur dan tambah pelaburan apabila ekonomi gawat. Kegawatan ekonomi akan membuatkan harga saham jatuh dan anda akan dapat membeli jumlah unit yang banyak pada masa kegawatan.

Kenanga Investors Berhad membenarkan pelaburan serendah RM100 sebulan bagi yang ingin mengaplikasikan konsep RCA ini. Tetapkan matlamat kewangan anda dan hubungi saya untuk penerangan lebih lanjut.







0 ulasan:

Catat Ulasan