Recent Posts

MAA TAKAFUL AND MEDICAL CARD

MALAYSIAN COMPANY FOR MALAYSIAN

MAXIMIZE YOUR RETURN IN EPF AND CASH

WORDS DOES NOT SELL. OUR PERFORMACE RECORDS IS.

LIPPER FUNDS AWARD 2014 WINNER

INVEST YOUR MONEY IN THE BEST FUND AWARD WINNER FOR 2014

PELAN PERSARAAN RM1 JUTA

KENANGA INVESTORS - PERFORMANCE 2013 - 20% RETURN AND PROFIT. INVEST WITH YOUR EPF ACCOUNT 1 WITH US!

MAA TAKAFUL DAN MEDICAL CARD

WHY PAY MORE FOR A MEDICAL CARD AND LIFE INSURANCE TAKAFUL? CONTACT ME FOR FREE QUOTATION AND CONSULTATION

Isnin, 7 Julai 2014

Kedudukan Dana-dana Kenanga Investors




Ramai yang jarang dengan mengenai dana-dana Kenanga Investors  dan mungkin tertanya-tanya di mana kedudukan dana tersebut berbanding main player seperti Public Mutual atau CIMB Wealth Advisor.

Gambar di atas membuktikan dana-dana dari Kenanga Investors amat cemerlang dalam memberikan pulangan kepada para pelabur, baik pelaburan secara tunai ataupun daripada pengeluaran Akaun 1 KWSP.

Yang ingin mengetahui lebih lanjut boleh hubungi saya di talian 0111-5484137 / zunaidi.ahmad@gmail.com

Terima kasih.

07 July 2014

Ahad, 6 Julai 2014

Car Boot Sale TSB Sg Buloh


05 July 2014

Semalam saja-saja try join car boot sale di TSB Sg Buloh. Saya memang minat berniaga. Wife pun sama. So we decided nak berniaga comforter/ selimut tebal bundle, sebab rata-rata kat situ banyak jual barangan terpakai sendiri. A week before, saya beli satu guni bundle dari supplier dari Klang, dan alhamdulillah satu malam dah balik modal.

Jualan agak memberansangkan. Kami dapat lebih kurang RM400 untuk jualan semalam. Tak sempat mana nak ambil gambar sebab nak jaga lagi dua orang hero yang memang tak reti duk diam. Saya sarankan sesiapa yang nak cari duit lebih, boleh cuba-cuba berniaga.





Abang Akif yang tengah mengajuk. Susah betul nak layan.


Jualan bermula dari jam 5 petang hingga jam 12 tengah malam. Tapi kami datang pun dalam 7.15 malam. Berbuka puasa dulu, solat Maghrib then baru buka kedai. Dalam 8.20 malam baru buka kedai. Alhamdulullah, syukur pada Allah yang beri rezeki.

P/S: Yang nak quotation percuma dengan pelan takaful terbaik daripada MAA Berhad, mahupun nak maximize return dari akaun KWSP Akaun 1 ataupun tunai serendah RM100 sebulan dengan Kenanga Investors Berhad, jangan segan-segan roger saya.

H/P : 01115494137
Email: zunaidi.ahmad@gmail.com

Hari ni nak ke GM Klang ;)

Jumaat, 4 Julai 2014

Kebaikan Pelaburan Dalam Unit Trust

Kebaikan Pelaburan Dalam Unit Trust umumnya boleh digambarkan dalam gambar di bawah.



1.     Diversification

Wang dilaburkan dalam pelbagai sector dan kaunter-kaunter blue chip company. Kepelbagaian ini akan meminimakan risiko kerugian malah memberikan keuntungan yang lebih baik.

2.     Easily redeemed

Standard Operation Procedure (SOP) dalam menjual balik unit dalam skim unit trust ini adalah dalam masa 10 hari. Tidak seperti pelaburan dalam hartanah, anda mungkin mengambil masa berbulan-bulan untuk mencari pembeli dan menerima wang jualan tersebut. Sesuai jika anda amat memerlukan wang segera untuk hal-hal kecemasan.

3.     Access to a broader array of financial assets
Dalam skim unit trust, anda akan memperoleh akses untuk melabur dalam produk-produk equity, bond atau money market. Berdasarkan kajian risiko anda, saya akan dapat mencadangkan portfolio pelaburan terbaik untuk anda.

4.     Tax benefit
Ada sebab mengapa harga seunit dipanggil Nett Asset Value (NAV). Harga seunit telah ditolak dengan semua kos pengurusan dan juga cukai di peringkat unit trust. Maklumat lanjut mengenai cukai boleh didapati DI SINI.

5.     Within your financial means
Jika anda melabur dengan menggunakan tunai, anda boleh decide berapa banyak yang ingin dilaburkan, serendah RM100.

Pelaburan melalui akaun 1 KWSP juga tidak memerlukan anda mengeluarkan sebarang cash dan sangat mudah dilakukan.

6.     Proffesional Management
Semua produk unit trust diuruskan oleh fund manager yang berpengalaman dlam bidang masing-masing dan memang kerja mereka untuk membawa wang pelaburan anda ke arah keuntungan.


Kenanga Investors adalah salah satu fund manager terbaik yang mempunyai dana unit trust yang cukup untung untuk setiap pelaburan anda. Asalkan anda sedia untuk mendengar, saya sedia memberikan penerangan dan penjelasan bagi member faham akan fund-fund unit trust yang patuh syariah dan member untung berlipat kali ganda.


Hubungi saya di 01115484137 atau email zunaidi.ahmad@gmail.com

Khamis, 3 Julai 2014

Manfaat Pelaburan Daripada Ringgit Cost Averaging (RCA)

Ringgit Cost Averaging atau RCA adalah strategi mudah dengan melabur sejumlah kecil wang ke dalam dana unit amanah secara TETAP dan BERKALA (setiap bulan) berbanding dengan strategi lagi satu iaitu terus meletakkan sejumlah besar wang pada permulaan pelaburan.




Bagaimana untuk Mengambil Kelebihan RCA?

Untuk menjadikan RCA sebagai strategi boleh menang (winning strategy), undang-undang di bawah boleh diguna pakai.

1.     Spread kan jumlah pelaburan – Lebih tinggi jumlah yang anda mahu laburkan, makin lama masa diperlukan. Cth: Anda ada RM1 juta atau lebih untuk dilaburkan, spread it over 36 bulan dengan melabur lebih kurang RM28,000 sebulan. Menggunakan RCA sepanjang 36 bulan itu, anda boleh uruskan risiko pelaburan dengan lebih baik tanpa perlu rungsing akan keadaan pasaran. Guna auto debit daripada bank simpanan anda untuk menjamin jumlah tetap yang masuk ke dalam dana pada tarik yang tetap.
2.     Diversify / Pelbagaikan portfolio pelaburan ke dalam dana lain yang berbeza. Ini perlu diterangkan oleh unit trust consultant anda (saya) supaya anda boleh membuat tindakan bijak dan mengambil kelebihan RCA ini.
3.     Kenal dana pelaburan anda dengan mendalam. Adalah bagus untuk mendapatkan penjelasan mengenai cara baca Fund Fact Sheet untuk setiap dana supaya anda dapat pemahaman mendalam.
4.     Tahu bila hendak jual bila sasaran kewangan tercapai. Anda perlu jelas akan matlamat kewangan anda sendiri, tentang apa yang hendak dicapai dalam tempoh 3-5 tahun dan jangan takut untuk jual bila sasaran itu telah dipenuhi.
5.     Kenali keadaan ekonomi semasa. Seorang UTC (Unit Trust Consultant) yang bagus boleh menjangkakan keadaan ekonomi akan dating berdasarkan, cth: kadar interest loan yang tinggi atau KKDN/ GDP yang negative. Jual sebelum ekonomi gawat atau teruskan melabur dan tambah pelaburan apabila ekonomi gawat. Kegawatan ekonomi akan membuatkan harga saham jatuh dan anda akan dapat membeli jumlah unit yang banyak pada masa kegawatan.

Kenanga Investors Berhad membenarkan pelaburan serendah RM100 sebulan bagi yang ingin mengaplikasikan konsep RCA ini. Tetapkan matlamat kewangan anda dan hubungi saya untuk penerangan lebih lanjut.







Tips Bertanya Sebelum Melabur Dalam Unit Trust


Tips ini saya dapat dari seorang agen unit amanah Public Mutual.

Suatu bacaan yang baik untuk dikongsikan bersama.


Sebelum kita menyertai atau invest dalam sesuatu unit trust fund, kita hendaklah bertanya beberapa soalan berkaitan fund tersebut kepada ejen unit trust (unit trust consultant). Tanyalah kepada ejen sebanyak yang mungkin supaya kita benar2 faham dan dapat mengoptimumkan manfaat pelaburan unit trust yang bakal kita buat. Ini juga dapat mengelakkan kita daripada melabur dalam produk unit trust yang tidak bersesuaian tetapi dipromosikan berlebih-lebihan oleh ejen kerana dia mendapat komisen yang tinggi daripada penjualannya.

Namun begitu, ramai dari kita tak tahu soalan apakah yang patut kita tanya pada ejen tersebut. Biasanya ejen je yang banyak bercakapnya… kita just dengar dan tanya soalan2 basic macam “Berapa jumlah minimum nak invest?” atau “Berapa banyak dan bila fund tersebut bayar dividen?” ataupun “Fund ni konvensional ke Islamic fund?”… mmm, saya tak bermaksud kita tak perlu tahu perkara2 tersebut, tapi banyak lagi perkara yang perlu kita tanya dan minta penjelasan dari ejen. Jawapan yang kita peroleh daripada ejen ini boleh membantu kita menentukan sama ada fund unit trust yang ditawarkan itu bersesuaian dengan matlamat dan objektif pelaburan kita ataupun tidak.

Di sini saya senaraikan beberapa contoh soalan cadangan yang boleh kita tanya pada ejen unit trust.. juga saya sertakan tips berkaitan soalan2 tersebut.


CONTOH SOALAN 1: Unit trust fund ni berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti (SC) ke tak?
TIPS: Kalau UTC tu dari established company macam Kenanga Investors, tak payah le tanya soalan ni.. Tapi kalau UTC yang promote fund tu datang dari company yg kita tak pernah dengar, mesti kena tanya. Semua fund unit trust mestilah didaftarkan dengan SC. Cara paling senang ialah minta prospektus fund tu.. Kalau lagi nak confirm, boleh call SC di 03-6204 8000 dan minta untuk disambungkan kepada Jabatan Tabung Amanah dan Pengurusan Pelaburan. Soalan ni penting coz kita taknak wang hasil titik peluh kita boleh lesap macam yang masuk Swiss Cash fund tu..


CONTOH SOALAN 2: Dah lama ke syarikat unit trust (UTMC) ni beroperasi? You cakap boleh dapat return sebanyak tadi tu, boleh tunjuk tak rekod atau prestasi syarikat ni?
TIPS: Kita sebagai pelabur mesti memeriksa latar belakang sesuatu syarikat unit trust. Kalau fund tu guna outside fund manager (iaitu fund investment diuruskan oleh pengurus dana luar), fund manager tersebut pun kita perlu check latar belakangnya. Dapatkan rekod prestasi dan pengalaman mereka. Kita mesti berusaha untuk mengenali mereka yang akan diamanahkan untuk melaburkan wang kita… tersilap orang, boleh lebur wang kita.


CONTOH SOALAN 3. (setelah anda dijelaskan berkaitan sesuatu fund)…Ok, saya dah faham sedikit sebanyak pasal fund ni..tapi fund ni sesuai ke dengan saya?
TIPS: Tujuan soalan ini adalah untuk mempastikan fund yang bakal kita laburkan itu bersesuaian dengan matlamat dan objektif pelaburan kita. Hanya kita sendiri yang tahu matlamat & objektif kita melabur, ejen hanyalah membantu memilih fund yang bersesuaian. Jadi, sebelum kita bertanya soalan ini, kita mesti mengetahui dan yakin mengenai matlamat & objektif pelaburan kita dan kesanggupan kita untuk menghadapi risiko pelaburan. Risiko pelaburan pada umumnya ialah keadaan yang mungkin berlaku dan menyebabkan anda menanggung kerugian. Dalam pasaran sekarang ni terdapat berbagai jenis fund dan setiap satu ada manfaat dan risiko tersendiri (biasanya fund yang menjanjikan pulangan tinggi, risikonya pun tinggilah juga). Oleh itu, penting bagi kita untuk memahami fund yang ditawarkan dan memilih fund yang benar2 sesuai dengan objektif pelaburan dan kesanggupan kita menghadapi risiko. Contohnya, jika kita nak kan pendapatan yang konsisten, kita perlu melabur dalam fund yang menyediakan pulangan konsisten. Sebenarnya, bab bagaimana untuk menentukan matlamat pelaburan dan memilih fund yang sesuai adalah satu bab yang agak panjang, jadi saya akan ceritakan di lain masa. Apa yang nak ditekankan disini ialah jangan membiarkan diri dipaksa oleh mana2 ejen untuk melabur dalam fund yang tidak bersesuaian dengan kita.


CONTOH SOALAN 4: Invest dalam fund ni, kena bayar caj atau bayaran lain tak?
TIPS: Melabur dalam unit trust fund ni sama je dengan investment yang lain iaitu dikenakan sedikit caj. UTMC mungkin mengenakan bayaran, seperti caj jualan (ataupun disebut initial charge atau entrance charge atau upfront charge), bayaran pengurusan, bayaran pemegang amanah dan caj-caj lain yang berkaitan. Dapatkan semua penjelasan ini daripada ejen.


CONTOH SOALAN 5: Dimanakah wang yang saya masukkan dalam fund tersebut akan dilaburkan?
TIPS: Biasanya unit trust fund ada beberapa kategori, antaranya equity fund, balance fund, bond, money market dan sebagainya. Setiap fund ini ada strategi pelaburannya sendiri. Contohnya, bagi equity fund, kebanyakan wang atau aset fund itu dilaburkan dalam stock market/pasaran saham. Bond fund pula melaburkan kebanyakan wangnya dalam produk bond. Penting bagi kita mengetahui dimanakah fund tersebut akan melabur kerana ianya mempunyai implikasi terus ke atas toleransi risiko pelabur. Jika fund tu melabur dalam pelaburan berisiko tinggi, secara automatik fund unit trust kita akan jadi pelaburan berisiko tinggi juga. Ini ada kaitannya dengan soalan 3 tadi.




Cukupkah Dana Persaraan Anda?

Assalamualaikum,

Post kali ini mengajak kita berfikir keadaan kita di hari tua kelak.





Mengikut kajian, purata umur lelaki dan wanita Malaysia adalah masing-masing 73 dan 75 tahun. Maksudnya selepas bersara pada usia 55 tahun, kita masih ada 18 atau 20 tahun lagi untuk terus hidup tanpa adasumber pendapatan tetap.

Mungkin ada yang mengharapkan simpanan KWSP RM200,000-RM500,000 itu cukup untuk menangung sisa-sia hidup itu. Ada yang mungkin baru nak memulakan perniagaan untuk teruskan survival hidup. Ada yang fikir mahu bergantung dan menumpang hidup anak-anak, bila hakikatnya layanan kita pada ibu-bapa sekarang pun tidaklah hebat mana pun.

Pengiraan mudah.

Jika komitmen kita hari ini adalah RM3,000 sebulan untuk meneruskan kelangsungan hidup, maka selama 20 tahun kita perlukan RM720,000.

Ya, RM720,000 pada usia kita 55 tahun bagi menjamin survival kehidupan masa tua. Itu belum lagi dicampur 5-6% inflasi, kenaikan harga barang dan yang paling tinggi adalah peningkatan kos perubatan.

RM3,000 mungkin tak tahan lama dalam poket kita hari ini, tapi RM300 pada 50 tahun lepas sudah boleh beli sebidang tanah di kampung. Ini yang saya maksudkan mengenai inflasi. Suatu pengecutan NILAI dalam matawang.

Lazimnya usia tua kita mahu dihabiskan dengan tenang, santai dan lebih masa untuk beribadah kepada Allah. Tapi semua ini bakal mustahil jika kita tidak mulakan perancangan kewangan dari sekarang.

Purata dividen diberikan KWSP kepada pencarum berlegar sekitar 5-7% setahun dan memang tak akan cukup untuk mencapai sasaran pelan persaraan. Maka unit trust/ unit amanah adalah cara terbaik meningkatkan nilai wang KWSP supaya kita dapat bersara bahagia.

Kenanga Investors menawarkan skim persaraan yang bakal menjamin persaraan bahagia untuk anda. Anda boleh mengeluarkan sebahagian caruman dalam AKAUN 1 dan dilaburkan dalam dana-dana patuh syariah Kenanga Investor setiap 3 bulan. Caranya sangat mudah. Bawa saja penyata terkini untuk saya semak dan dari pengiraan nanti kita boleh tentukan berapa jumlah wang yang boleh dilaburkan.

Prestasi dana dalam Kenanga Investors sangat cemerlang, dengan 20% keuntungan bagi tahun 2013 sahaja. Bayangkan jika prestasi ini berterusan atau lebih baik lagi, maka anda akan dapat mensasarkan dana persaraan RM1 juta bila menginjak usia 55 tahun.

Amat rugi jika anda tidak manfaatkan kelebihan dan kelonggaran yang diberikan oleh KWSP untuk kebaikan diri sendiri juga, kerana kadar keuntungan pencarum yang melabur dalam unit amanah adalah amat ketara berbanding mereka yang selesa wang tersebut berada dalam dana KWSP.

Ayuh, kita sama-sama bersara bahagia tanpa memikirkan masalah kewangan.


Hubungi saya, Zunaidi di 0111-5484137.

Unit Trust and Takaful Consultant
3 Julai 2014 / Seri Kembangan, Selangor

Selasa, 1 Julai 2014

Penerangan Lebih Ringkas Mengenai Unit Amanah

Penerangan Lebih Ringkas Mengenai Unit Amanah

Ada pembaca yang bagitau saya post yang dulu yang saya terangkan mengenai unit amanah agak detail dan susah nak faham.

Terfikir-fikir cara untuk memudahkan pemahaman pembaca mengenai unit trust/ unit amanah.

Here we go.



Unit trust ni, secara mudahnya, kita ramai-ramai masukkan duit kita dlam satu dana yang diuruskan oelh satu syarikat pengurus dana, yang mana duit yang banyak itu dilaburkan pula dalam portfolio yang pelbagai untuk menjana keuntungan. Semua pelaburan ini dikawalselia dan diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti, FMUTM, Auditors and so on. Tiada isu pelaburan ini tidak sah dan sebagainya.

Pelabur-pelabur kecil seperti kita semua diberi peluang untuk melabur dalam pelbagai jenis pelaburan yang kebiasaannya sukar untuk di akses terutamanya dalam syarikat-syarikat utama Malaysia.

Modal besar diperlukan untuk membeli saham dalam TNB, atau Maxis sebagai contoh jika dibandingkan dengan kita melabur dalam unit trust. Dalam unit trust, bukan sahaja TNB atau Maxis, tapi pelbagai lagi saham syarikat yang boleh kita laburkan atas kebijaksanaan dan strategi pengurus dana. Oleh sebab ada banyak syarikat blue chip ini yang dilaburkan duit-dit kita semua, maka tentulah ada unsur2 diversification,  di mana contohnya kalau pelaburan dalam syarikat A ini mengalami kerugian, keuntungan dalam syarikat B & C misalnya, membolehkan kita dapat untung juga.

Unit trust adalah platform yang bagus untuk mula menyimpan dan financial plan sebagai persiapan jangka sederhana atau panjang.

Tak rugi melabur dalam unit trust melainkan kita melabur dan mengharapkan keuntungan dalam 1-2 bulan.

Saya tak sentuh langsung mengenai unsure teknikal dan berharap contengan ringkas ini member lebih pemahaman mengenai konsep asas unit trust.

Ahmad Zunaidi
1-07-2014

01115484137