Ringgit Cost Averaging
atau RCA adalah strategi mudah dengan melabur sejumlah kecil wang ke dalam dana
unit amanah secara TETAP dan BERKALA (setiap bulan) berbanding dengan strategi
lagi satu iaitu terus meletakkan sejumlah besar wang pada permulaan pelaburan.
Bagaimana untuk
Mengambil Kelebihan RCA?
Untuk menjadikan RCA
sebagai strategi boleh menang (winning strategy), undang-undang di bawah boleh
diguna pakai.
1.
Spread kan
jumlah pelaburan – Lebih tinggi jumlah yang anda mahu laburkan, makin lama masa
diperlukan. Cth: Anda ada RM1 juta atau lebih untuk dilaburkan, spread it over
36 bulan dengan melabur lebih kurang RM28,000 sebulan. Menggunakan RCA
sepanjang 36 bulan itu, anda boleh uruskan risiko pelaburan dengan lebih baik
tanpa perlu rungsing akan keadaan pasaran. Guna auto debit daripada bank
simpanan anda untuk menjamin jumlah tetap yang masuk ke dalam dana pada tarik
yang tetap.
2.
Diversify
/ Pelbagaikan portfolio pelaburan ke dalam dana lain yang berbeza. Ini perlu
diterangkan oleh unit trust consultant anda (saya) supaya anda boleh membuat
tindakan bijak dan mengambil kelebihan RCA ini.
3.
Kenal dana
pelaburan anda dengan mendalam. Adalah bagus untuk mendapatkan penjelasan
mengenai cara baca Fund Fact Sheet untuk setiap dana supaya anda dapat
pemahaman mendalam.
4.
Tahu bila
hendak jual bila sasaran kewangan tercapai. Anda perlu jelas akan matlamat
kewangan anda sendiri, tentang apa yang hendak dicapai dalam tempoh 3-5 tahun
dan jangan takut untuk jual bila sasaran itu telah dipenuhi.
5.
Kenali
keadaan ekonomi semasa. Seorang UTC (Unit Trust Consultant) yang bagus boleh
menjangkakan keadaan ekonomi akan dating berdasarkan, cth: kadar interest loan
yang tinggi atau KKDN/ GDP yang negative. Jual sebelum ekonomi gawat atau
teruskan melabur dan tambah pelaburan apabila ekonomi gawat. Kegawatan ekonomi
akan membuatkan harga saham jatuh dan anda akan dapat membeli jumlah unit yang
banyak pada masa kegawatan.
Kenanga Investors Berhad membenarkan pelaburan serendah RM100 sebulan bagi yang ingin mengaplikasikan konsep RCA ini. Tetapkan matlamat kewangan anda dan hubungi saya untuk penerangan lebih lanjut.
0 ulasan:
Catat Ulasan