Recent Posts

Jumaat, 11 Julai 2014

Comforter Bundle - Restock!

Pagi Jumaat yang ceria ni saya nak cerita yang semalam baru saya restock comforter bundle saya dari supplier di Klang. Insyaallah malam ni boleh sambung meniaga di car boot sale TSB Sg Buloh.

Seronok meniaga ni sebab ia mengimbau kembali kenangan saya meniaga dengan ayah dulu di pasar Dungun dan juga pasar malam sekitar Dungun. Masa tu kami meniaga tembikai. Kebanyakam masanya memang meniaga tembikai. Ada juga try meniaga buah lain, tapi kadang ikut musim. Paling best meniaga limau madu, sebab limau tu sangat sedap sampai saya pun tak tahu berapa biji telannya dek kerana sedap sangat. Memang rugi lah meniaga macam tu sebab banyak habis kat saya je.

Gambar memang tak sempat nak ambil sebab jujurnya saya memang tak fotogenik pun.

Yang free malam ni jemputlah datang ke TSB Sg Buloh. Insyaallah saya ada pada setiap Jumaat dan Sabtu.

Kadang malas sungguh nak kerja qs.

Sambil-sambil datang car boot sale malam ni,, sesiapa yang nak tahu lebih detail pasal medical card, takaful or unit trust bersama Kenanga Investors, boleh datang jumpa saya sambil saya belanja minum kat mamak sebelah tu.

Car boot sale buka setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula jam 5 petang hingga 12 malam. Tapi saya 8.30 baru buka, selepas setel semua solat Maghrib dan berbuk puasa.

0 ulasan:

Catat Ulasan