Recent Posts

Selasa, 8 Julai 2014

Kerjaya Perancang Kewangan (Islam)



Berikut satu kisah tentang perbandingan kerjaya doktor dengan perancang kewangan. Kisah ini dipetik dari buku 'Kerjaya Seorang Perancangan Kewangan Peribadi' terbitan PTS (Sunthara Segar).




Seorang isteri membawa suaminya berjumpa seorang doktor pakar. Hasilnya pesakit terpaksa dirawat di blik rawatan ICU. Setelah 3 minggu pesakit meninggal dunia. Kisah malang pesakit diceritakan oleh si doktor kepada rakannya seorang perancang kewangan. Walaupun mereka berkawan, tetapi si doktor taksub dengan kerjayanya. Keadaan ini disedari oleh rakannya yang sengaja menimbulkan dialog berikut :

Rakan : Adakah awak akan meminta bayaran kepada si balu?

Doktor : Mestilah, saya kan doktor pakar

Rakan : Macamana pula dengan pihak hospital?

Doktor : Sudah tentu. Ubat-ubat, alat-alat hospital, penggunaan wad semuanya harus dibayar.

Rakan : Bukankah ini tidak adil? Si isteri menyerahkan kepercayaan kepada anda dan pihak hospital untuk menyelamatkan suaminya. Tetapi anda semua gagal, namum si balu tadi terpaksa membayar atas kegagalan anda. Dia terpaksa memikirkan bagaimana hendak membesarkan anak-anak tanpa pendapatan suami. Peliknya pihak hospital tetap mahukan wang mereka. Macamana dia nak bayar?

Doktor : tetapi ini adat dunia. Memang rawatan apatah lagi oleh pihak swasta bukan percuma! Kalau semua pesakit diberikan rawatan percuma pasti perniagaan perubatan tidak akan berjalan.

Rakan : Aha ! Memang betul pada saat ini apabila semua orang telah kembali dari menguburkan jenazah arwah, doktor seperti anda sudah tidak ada kepentingan lagi. Sekarang perancang kewanganlah yang menjadi doktor bukannya doktor penyakit tapi doktor kehidupan.

Doktor : Maksud anda ?

Rakan : Perancang kewanganlah yang akan membantu membayar bil hospital tadi melalui pelan insurans perubatan. Kami jugalah yang merancang agar anak2nya akan tetap memenuhi impian arwah ayahnya ke universiti.Melalui wasiat kami pastikan yang sebarang harta yang ditingalkan dapat dipindahkan dengan cepat dan adil kepada si balu tanpa melalui procedur mahkamah yang rumit. Kami lah yang memberi kehormatan diri dan maruah kepada si balu tadi. Dia tidak payah merayu, mengemis dan menjual tubuh untuk menyara kehidupannya. Dia tidak perlu menjadi ibu 'part time' kepada anak2nya. Sekarang cuba buktikan sejauh mana peranan awak kepada keluarga si mati setelah dia meninggal dunia?

Doktor : (tidak bersuara.......lama juga beliau terdiam)

0 ulasan:

Catat Ulasan